ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton e.MAS 7 terima lebih 2,500 tempahan

Berita Tempatan

Views

PRO-NET telah menerima lebih 2,500 tempahan model kenderaan kenderaan elektrik (EV) pertamanya iaitu Proton e.MAS 7 yang telah pun dilancarkan secara rasmi baru-baru ini.

Pencapaian gemilang ini mencerminkan semangat yang semakin meningkat dalam kalangan rakyat Malaysia terhadap mobiliti lestari dan menandakan permintaan tinggi terhadap e.MAS 7.

EV nasional pertama Malaysia itu ditawarkan dalam dua pilihan varian iaitu Prime dan Premium yang dikuasakan oleh bateri berkapasiti 49.52 kWj dan 60.22 kWj.

Dengan jarak pemanduan sehingga 410 km (WLTP), e.MAS 7 menyokong pengecasan AC 11kW dan pengecasan pantas DC sehingga 100kW.

JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua

Harga di atas jalan (tanpa insurans) ditawarkan pada RM109,800 bagi varian Prime, manakala varian Premium dijual pada harga RM123,800.

Istimewa untuk 3,000 pelanggan pertama, PRO-NET menawarkan rebat sebanyak RM4,000, menjadikan harga varian Prime RM105,800 dan varian Premium RM119,800.

Dibangunkan secara tempatan dengan sokongan pasukan kejuruteraan Proton, e.MAS 7 menawarkan pengalaman pemanduan dinamik sambil memenuhi keperluan pemandu moden di Malaysia.

Direka khas untuk rakyat Malaysia, ia juga dilengkapi dengan peta pengecasan EV yang komprehensif di mana ia boleh diakses melalui Aplikasi Proton e.MAS, yang memudahkan pengguna EV di seluruh negara.

Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang berkata, e.MAS 7 direka untuk menjadi pilihan ideal bagi mereka yang ingin beralih ke kenderaan elektrik dan merupakan satu langkah besar ke hadapan.

JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu

Tempahan untuk e.MAS 7 kini boleh dibuat di mana-mana daripada 30 bilik pameran Proton e.MAS di seluruh negara atau melalui laman web Proton e.MAS.

Aplikasi Proton e.MAS, yang kini tersedia untuk dimuat turun di gedung aplikasi, menawarkan kemudahan yang terbaik, memastikan pengalaman pemilikan yang lancar.

Bagi meraikan pencapaian ini, Proton turut menawarkan Pakej Power Pack istimewa kepada 3,000 pelanggan pertama, dengan menyediakan pakej manfaat eksklusif bernilai sehingga RM8,000 yang merangkumi:

  • Power Home: Pengecas 7kW Home Charger Percuma bernilai RM 1,500
  • Power Plus: V2L Adaptor Percuma bernilai RM 500
  • Power Online: 5-Tahun Data Internet Tanpa Had bernilai RM 1,800
  • Power Thru: Jaminan Jarak Kenderaan Tanpa Had selama 6 tahun, Jaminan Bateri dan Komponen Bervoltan Tinggi 8-Tahun / 160,000km
  • Power Financing: Kadar Faedah 1.98 peratus dari Proton Commerce sehingga RM3,000
  • Power Exchange: Rebat Eksklusif Proton Owner Trade-In bernilai RM 1,200

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply