ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kekal di tempat tinggal masing-masing, jangan pulang ke kampung

Berita Tempatan

Views

Sinar Harian melaporkan, orang ramai diingatkan untuk tidak tergesa-gesa pulang ke kampung, sebaliknya kekal berada di tempat tinggal masing-masing. Menurut Ahli Pasukan Petugas COVID-19 Selangor, Prof Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman, seluruh rakyat Malaysia yang kini sedang berdepan dengan Perintah Kawalan Pergerakan bermula esok sehingga 31 Mac ini perlu mengambil perhatian tentang perkara itu.

JOM BACA >> TuneD perkenal kit badan khas untuk Proton Saga FLX – Harga bermula dari RM 1,980

Katanya, apa yang penting di sini adalah jangan pulang ke kampung atau mereka dari kampung pun jangan datang ke bandar. Kekal di mana anda berada serta kurangkan perjalanan. Beliau berkata demikian dalam program Consider This di Astro AWANI 501 malam tadi.

Dr Adeeba memberi reaksi tersebut ketika ditanya tentang kemungkinan ramai dari kalangan rakyat Malaysia yang mempertimbangkan untuk pulang ke kampung kerana kerisauan akibat penularan koronavirus (COVID-19).

JOM BACA >> Theophilus Chin beri gambaran Honda City Hatchback secara digital

Terdahulu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melalui satu Perutusan Khas malam tadi mengumumkan kerajaan perlu melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 Mac sehingga 31 Mac di seluruh negara bagi membendung penularan wabak tersebut.

Perintah itu dibuat mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967. Ia meliputi enam perkara termasuk penutupan sekolah, premis swasta dan institusi pengajian tinggi (IPT). Bagaimanapun, perkhidmatan penting serta pasar awam, pasar raya, kedai runcit dan kedai serbaneka akan tetap dibuka kepada orang ramai.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Twitter Berita Harian

JOM BACA >> INTIP : Proton terus menguji SUV kompak X50
JOM BACA >> INTIP : Cik ‘City 2020’ terus diuji
JOM BACA >> Gambaran digital Proton Suprima S generasi baharu
JOM BACA >> INTIP : ‘Cik City 2020’ kena skodeng di Lebuhraya Persekutuan</a
JOM BACA >> Proton lancar X70 2020 buatan Tanjung Malim – Harga bermula dari RM94,800

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply