ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perkhidmatan tren dan bas kendalian Prasarana beroperasi seperti biasa esok

Views

Menerusi satu kenyataan media, Rapid KL memaklumkan semua perkhidmatan tren dan bas kendalian Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) akan beroperasi seperti biasa esok, meskipun ia merupakan hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan berkuatkuasa di seluruh negara selama 14 hari. Perintah tersebut telah diumumkan oleh Kerajaan semalam bagi membendung wabak COVID-19.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Prasarana (Operasi), Encik Muhammad Nizam Alias memaklumkan, perkhidmatan tren LRT Laluan Kelana Jaya dan Laluan Ampang/Sri Petaling; MRT Laluan Sungai Buloh – Kajang, Laluan Monorel, Bas Rapid Transit Laluan Sunway dan perkhidmatan bas henti-henti Rapid KL, Rapid Penang, Rapid Kuantan, Rapid Kamunting dan Rapid Manjung akan bermula operasi seperti biasa dengan jadual kekerapan hari bekerja.

JOM BACA >> TuneD perkenal kit badan khas untuk Proton Saga FLX – Harga bermula dari RM 1,980

Tambah beliau, walaubagaimanapun, pemantauan akan dibuat kemudian untuk memastikan kesesuaian jadual kekerapan yang digunakan. Katanya, memandangkan perintah pergerakan terhad ini diarahkan buat pertama kali, pihaknya perlu memastikan kekerapan yang sesuai kerana belum dapat memastikan jumlah penumpang yang akan menggunakan perkhidmatan mereka pada hari esok dan sepanjang tempoh tersebut.

Tambah beliau, pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan pihak Kementerian Pengangkutan khususnya Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) sebelum apa jua keputusan diambil berhubung dengan kekerapan perjalanan tren dan bas kendalian Prasarana itu.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri gambaran Honda City Hatchback secara digital

Veliau juga turut mengesahkan bahawa Pusat Konsesi Hab Bas Pasar Seni akan dibuka seperti biasa untuk kemudahan golongan Orang Kurang Upaya (OKU), pelajar dan warga emas mendapatkan diskaun 50 peratus untuk perjalanan mereka.

Untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan Rapid KL, orang ramai boleh melayari akaun Twitter dan Instagram serta web Facebook @myrapid atau menghubungi Talian HOTLINE di 603-78852585.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Proton terus menguji SUV kompak X50
JOM BACA >> INTIP : Cik ‘City 2020’ terus diuji
JOM BACA >> Gambaran digital Proton Suprima S generasi baharu
JOM BACA >> INTIP : ‘Cik City 2020’ kena skodeng di Lebuhraya Persekutuan</a
JOM BACA >> Proton lancar X70 2020 buatan Tanjung Malim – Harga bermula dari RM94,800

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply