ARKIB

KATEGORI

Buletin

Keluar modal RM300 jer ‘shopping’ di Pavilion Kuala Lumpur, bawa pulang Isuzu D-Max X-Terrain baharu harga lebih RM150k!

Berita Tempatan

Views

Zhang Ying Xuan muncul sebagai pengunjung pusat beli-belah Pavilion Kuala Lumpur yang paling bertuah kerana telah memenangi sebuah Isuzu D-Max X-Terrain baharu menerusi peraduan beli dan menang yang dianjurkan sempena sambutan ulang tahun ke-11 Tokyo Street.

Disebabkan tempat kerja yang berdekatan dengan Pavilion Kuala Lumpur, Zhang kerap membeli-belah di sana dan telah menghantar sebanyak lima penyertaan berserta resit bernilai RM300 sepanjang tempoh peraduan itu berlangsung.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Ini membolehkannya memenangi sebuah Isuzu D-Max X-Terrain baharu, yang berharga lebih daripada RM150,000. Menurut Zhang, dia sangat teruja ketika dimaklumkan sebagai pemenang hadiah utama itu.

Tambahnya, sebelum ini, dia hanya memenangi hadiah kecil sahaja dan tidak pernah menyangka akan menerima hadiah sebesar ini dengan nilai yang tinggi. Zhang turut berterima kasih kepada Pavilion dan Isuzu semasa menerima Isuzu D-Max X-Terrain berwarna Silky Pearl White itu.

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian

Trak pikap itu telah diserahkan kepada Zhang oleh Pengarah Pemasaran, Pavilion REIT Malls, Kung Suan Ai bersama Ketua Pegawai Operasi Isuzu Malaysia, Kenkichi Sogo di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Bercakap ketika majlis penyerahan itu, Sogo mengucapkan tahniah kepada Zhang atas kemenangan beliau membawa pulang trak pikap yang paling diidamkan di Malaysia ketika ini.

Tambahnya lagi, Isuzu D-Max itu sendiri adalah gabungan kemenangan antara gaya, kemewahan, keselamatan serta kepelbagaian, dan saya sangat pasti ia akan menemani anda dalam banyak perjalanan yang bakal diingati.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply