ARKIB

KATEGORI

Buletin

Chery OMODA 5 lulus Ujian Tri-Extreme!

Berita Tempatan

Views

OMODA 5, produk pertama di bawah siri OMODA global baharu Chery, membuktikan kualiti dan keandalan tahap globalnya dengan lulus Ujian Tri-Extreme yang dijalankan dalam keadaan ekstrem suhu rendah (<-40°C), suhu tinggi (hampir 50°C) serta ketinggian 5,200 meter.

Dalam keadaan sejuk ekstrem -43°C, fungsi-fungsi OMODA 5 seperti pemanasan, nyahbeku (defrosting) dan nyah kabus (defogging) semuanya berfungsi seperti biasa, dan masa penghidupan enjin sejuk turut terkawal antara satu hingga tiga saat.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Dalam keadaan panas ekstrem 49.6°C pula, OMODA 5 lulus ujian dinamik keseluruhan, merangkumi pergerakan rumit di atas pelbagai keadaan permukaan, termasuk ketahanan cuaca dan pendedahan kepada matahari dan debu.

Selain itu, suhu pendingin hawa pada bolong (vent) serta aras kepala penumpang didapati lebih rendah daripada model-model pesaingnya, sekali gus mencapai tahap cemerlang dalam kelasnya.

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian

Pada ketinggian 5,200 meter, dengan tekanan udara di bawah 60 kPa, yang boleh menyebabkan penyekatan kuasa kepada banyak enjin, OMODA 5 tidak terjejas, dibuktikan melalui ujian tindak balas trenkuasa, menaiki cerun secara ke hadapan serta mengundur, dan sebagainya.

Pengesahan kualiti dan keandalan tahap global OMODA 5 ini bergabung dengan teknologi pintar, reka bentuk bergaya dan kuasa cekap bagi menghasilkan kenderaan menarik yang komited terhadap memenuhi keperluan dan kehendak golongan muda di seluruh dunia, termasuk di Malaysia.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply