ARKIB

KATEGORI

Tular

Kemalangan bukan berpunca dari URB – Polis

Tular

Views

Polis menafikan dakwaan kemalangan yang berlaku membabitkan dua motosikal di Jalan Perusahaan Sungai Lokan, di Butterworth, Rabu lalu, akibat dikejar Unit Rondaan Bermotosikal (URB).

Menurut Harian Metro, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Mohd Radzi Ahmad berkata, terdapat video berdurasi 40 saat yang dimuatnaik di Facebook (FB) berhubung insiden itu.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Menurutnya, video berkenaan memaparkan kemalangan motosikal didakwa akibat dikejar oleh URB Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Jelasnya, kemalangan itu berlaku pada jam 5.20 petang, Rabu lalu membabitkan dua motosikal. Semasa kemalangan, dua anggota URB menjalankan tugas rondaan dalam perjalanan ke Sungai Dua menghala Jalan Sungai Lokan.

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian

Menerusi satu kenyataan beliau berkata, pihak polis menafikan anggota URB mengejar penunggang motosikal hingga menyebabkan kemalangan berlaku.

Menurutnya, berdasarkan rakaman video itu juga jelas menunjukkan mangsa memotong motosikal URB sebelum merempuh sebuah lagi motosikal.

Anggota URB telah memberi bantuan kepada mangsa kemalangan dan membuat kawalan trafik. Kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply