ARKIB

KATEGORI

Buletin

Saga Aeroback terbabas rempuh kedai runcit – Seorang remaja maut, seorang lagi ‘cabut lari’

Berita Tempatan

Views

Seorang remaja maut selepas kereta yang dinaikinya bersama empat orang rakan hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh sebuah kedai runcit di Jalan Kebakat di Tumpat, awal pagi tadi.

KOSMO! ONLINE melaporkan, dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 pagi itu, mangsa yang berusia 19 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian selepas cedera parah pada bahagian kepala.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Amran Dolah berkata, siasatan awal mendapati, mangsa menaiki kereta jenis Proton Saga Aeroback bersama empat orang rakannya yang berusia dalam lingkungan 15 hingga 17 tahun dari arah Kampung Semat Jal menghala ke Kebakat.

Menurutnya, semasa melalui kawasan bonggol, pemandu kereta yang berusia 17 tahun dipercayai menukar gear sebelum membuat pecutan. Bagaimanapun, kereta tersebut hilang kawalan sehingga terbabas dan merempuh sebuah kedai runcit.

Berdasarkan keterangan saksi kejadian, dia melihat salah seorang penumpang di dalam kereta itu telah keluar sebelum melarikan diri semasa rakan-rakannya masih tersepit di dalam kereta.

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian

Menurut Amran, dua daripada mangsa yang terlibat dalam kemalangan itu cedera di kepala manakala seorang lagi mengalami kecederaan di dalam perut.

Katanya, bagaimanapun, seorang lagi rakan mereka yang melarikan diri itu masih gagal dikesan. Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Tumpat untuk dibedah siasat pagi tadi.

Siasatan mendapati, kemalangan itu dipercayai berpunca daripada pemandu gagal mengawal keretanya sehingga terbabas merempuh kedai runcit. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply