ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kemalangan lima kenderaan, pemandu lori treler maut

Berita Tempatan

Views

Seorang pemandu lori treler maut dalam kemalangan melibatkan lima buah kenderaan di Kilometer 280 Lebuh Raya Utara-Selatan dari Nilai menghala ke Seremban, pagi tadi.

JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

KOSMO! ONLINE melaporkan, Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Nilai, Mohd. Amin Mukhtar berkata, kemalangan pada pukul 11.43 pagi itu melibatkan dua buah treler, masing-masing sebuah kereta jenis Mitsubishi Outlander, BMW serta sebuah motosikal.

Mangsa yang maut merupakan pemandu lori treler iaitu seorang lelaki berusia 43 tahun, manakala empat mangsa dilaporkan cedera dan dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Dua lagi mangsa dilaporkan selamat. Menurut Mohd. Amir, mangsa yang maut itu disahkan meninggal dunia oleh pegawai Kementerian Kesihatan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Terdahulu, tular sebuah video di media sosial memaparkan kemalangan melibatkan lima buah kenderaan itu dengan sebuah treler terbalik serta mangsa penunggang motosikal di atas jalan raya.

Perkembangan lanjut berhubung kejadian iu daripada pihak polis akan menyusul.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply