ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kemalangan tanpa lesen memandu masih layak tuntut faedah PERKESO

Berita Tempatan

Views

Individu yang tidak mempunyai lesen memandu dan terbabit dalam kemalangan masih layak menuntut faedah daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). Menurut Berita Harian, PERKESO ketika menjelaskan perkara itu berkata kenyataan dikeluarkan seorang pakar keselamatan jalan raya kononnya faedah sedemikian tidak diberikan kepada individu tanpa lesen adalah tidak tepat dan mengelirukan orang ramai.

Katanya, setiap pencarum PERKESO yang mengalami kemalangan ketika bekerja atau sebarang kecelakaan berkaitan atau berlaku berikutan pekerjaan layak memohon faedah Skim Bencana Pekerjaan. Ini selaras Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan 1969 dan Peraturan-Peraturan (Am) Keselamatan Sosial 1971.

JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam

Bagi setiap permohonan yang diterima, PERKESO akan menjalankan siasatan dan membuat pengesahan sebelum kelulusan diberi dan pembayaran dibuat. Antara dokumentasi mandatori yang perlu dikemukakan untuk tuntutan kemalangan di bawah Skim Bencana Pekerjaan ialah Borang 34, laporan polis, sijil cuti sakit dan peta lakar kemalangan.

PERKESO tidak menetapkan keperluan lesen memandu sebagai satu syarat atau syarat tambahan untuk semua tuntutan faedah di bawah skim-skim PERKESO. Mengulas dakwaan pakar terbabit yang disiarkan sebuah akhbar, PERKESO menjelaskan bahawa kesalahan tidak mempunyai lesen sewaktu memandu di jalan raya ialah perkara yang perlu diselesaikan di antara individu dengan pihak berkuasa berkaitan.

JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?

Sehubungan itu, PERKESO menggesa supaya akhbar berkenaan memperbetulkan kenyataan berkenaan dengan segera bagi mengelakkan kekeliruan umum yang berupaya menimbulkan tanggapan negatif terhadap skim perlindungan sosial dan bantuan kepada pencarum serta golongan sasar.

Maklumat lanjut berkenaan syarat-syarat kelayakan dan skim bantuan PERKESO, layari laman sesawang www.perkeso.gov.my. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Pegawai Perkhidmatan Pelanggan PERKESO di talian 1-300-22-8000 atau e-mel [email protected].

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!
JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat
JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply