ARKIB

KATEGORI

Buletin

22 penjaja jalanan disaman JSPT Kelantan

Berita Tempatan

Views

Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kelantan mengeluarkan 22 saman terhadap penjaja makanan di lampu isyarat dalam tempoh tiga hari operasi minggu lalu. Menurut Sinar Harian, Ketua JSPT negeri, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, penjaja yang disaman dalam kalangan usia 20-an kerana kesalahan berniaga hingga mengganggu lalu lintas.

JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam

Menurutnya, operasi khas dijalankan pada 15 Mac hingga 17 Mac lalu di lokasi di Jalan Hamzah, Jalan Kuala Krai dan Lembah Sireh. Mereka yang disaman diberi tempoh dalam masa sebulan untuk hadir bicara di mahkamah. Tambah beliau, sabit kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM2,000.

JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?

Beliau berkata, saman dikeluarkan mengikut Akta Lalu Lintas Jalan Raya dan tindakan boleh dikenakan di bawah 10A (1) LN 166/59 Peraturan Lalu Lintas Jalan Raya. Justeru, Mohd Zamri menasihatkan penjual mahupun pembeli supaya tidak berniaga di jalan raya termasuk di lampu isyarat kerana boleh mengundang bahaya.

Setakat ini, hanya penjual disaman dan belum ada saman dikenakan kepada pembeli. Beliau menasihati orang ramai supaya mematuhi arahan pihak berkuasa bagi mengelak kecelakaan atau dikenakan tindakan undang-undang.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit K! ONLINE

JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!
JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat
JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply