ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kembar Perodua Ativa dan Toyota Hiace dengan gaya retro buat kemunculan di Tokyo Auto Salon 2023

Berita Global

Views

Anda peminat modifikasi kenderaan moden dengan gaya retro? Alpine Style membawa dua model pameran mereka ke Tokyo Auto Salon 2023. Kedua-dua model ini dikenali sebagai Carica dan Havana.

Carica merupakan model yang berasaskan van Toyota Hiace dan sekilas pandang ia kelihatan seperti kenderaan rasmi geng ‘Scooby Doo’.

Havana pula adalah sebuah SUV kompak yang berasaskan model kembar Perodua Ativa iaitu Toyota Raize yang mempunyai muncung dari model ‘zaman tori’ Chevrolet Blazer.

Carica mempunyai warna badan dwitona kombinasi hijau muda dan putih dengan kemasan krom pada bahagian jeriji, bampar, cermin sisi, belakang dan juga rim.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan

Havana pula menerima warna badan dwitona kombinasi biru muda dan hitam dengan bampar kemasan logam.

Di bahagian dalam, ia menampilkan teknologi dari Alpine seperti skrin infohibur 11-inci, cermin pandang belakang digital 12-inci dan  untuk penumpang belakang bersaiz 12.8-inci.

Ia turut merangkumi pencahayaan sekeliling tweeter, katil untuk dipasang di bahagian belakang van dan khemah yang boleh dikembangkan.

Penampilan Havana pula mengambil inspirasi daripada kenderaan lama yang masih lagi berada di jalan raya ibu negara Cuba. Ia menampilkan jeriji serba baharu, lampu keliling dan bampar dengan kemasan saduran krom.

JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan

Di bawah empat lampu hadapan berbentuk segi empat sama itu, terdapat lampu LED dan lampu kelip. Di ruangan kabinnya, ia dilengkapi skrin infohibur 9-inci dan cermin pandang belakang digital 12-inci.

Paparan skrin untuk penumpang belakang pula ditawarkan secara pilihan dan ia juga menerima naik taraf audio.

Alpine bukan sekadar mempamerkan kedua-dua model tersebut di reruainya, bahkan turut membuka tempahan di Tokyo Auto Salon.

Menurut portal Car Watch Impress, anggaran harga bagi Carica adalah 4.98 juta yen (RM169,725), manakala Havana pula adalah sekitar 3.98 juta yen (RM135,644).

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Car Watch Impress

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply