ARKIB

KATEGORI

Buletin

Senarai varian dan warna Axia 2023 (D74A) tular di TikTok – Empat varian dan satu warna baharu, Coral Blue

Tular

Views
@promosiprotonperodua Wow ada warna baru utk All New Axia 2023. Mesti laku keras la lepas ini. Harap harga setanding dengan spect yang ditawarkan. #Axia2023 #peroduaaxia #promosiperoduaterkini #promosiaxia #tipsbelikereta #panduanbelikereta #fyp #fypage #fypシ゚viral ♬ Goyang Dua Jari – Sandrina

Nampaknya setakat ini segala informasi yang dibawa oleh ejen perisikan handalan kami iaitu Mat Bond berkenaan dengan model Perodua Axia 2023 (D74A) sememangnya tepat dan tanpa diragui lagi.

Terkini, tular satu video yang dimuatnaik menerusi akaun TikTok @promosiprotonperodua yang memaparkan informasi awal Axia 2023 (D74A).

Dalam video tersebut telah memperlihatkan satu sisipan yang mengesahkan varian dan juga kod warna Axia 2023 (D74A). Seperti kata Mat Bond sebelum ini, Axia 2023 (D74A) akan ditawarkan dengan empat pilihan varian, iaitu G, X, SE dan AV.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan

Lima pilihan warna ditawarkan iaitu Ivory White (Putih) – solid, manakala selebihnya warna metalik, Lava Red (Merah), Glittering Silver (Perak), Granite Grey (Kelabu) dan satu warna baharu, Coral Blue (Biru).

Kesemua varian akan dilengkapi dengan transmisi D-CVT yang kini digunakan pada model Myvi faceliftAtiva dan Alza generasi baharu.

Dalam video tersebut turut memaparkan kelibat sebuah model yang masih berselimut, namun ia hanyalah model Axia generasi semasa.

JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan

Model hatchback kompak segmen-A itu dijangka mula dikeluarkan secara besar-besaran (mass production) selepas perayaan Tahun Baharu Cina, yakni hujung bulan ini.

Pelancarannya pula berkemungkinan akan dibuat kira-kira sebulan kemudian, iaitu pada akhir bulan Februari 2023.

Model yang dibangunkan dari pelantar Daihatsu New Global Architecture (DNGA) itu dikuasakan oleh enjin aspirasi alami (NA) versi baharu, namun masih mengekalkan kapasiti enjin dan juga kod lamanya, iaitu 1.0 liter 1KR-VE VVT-i.

Varian AV akan dilengkapi dengan enam beg udara dan Bantuan Pemanduan Selamat (A.S.A 3.0) yang merangkumi ciri-ciri seperti Pemantau Titik Buta (BSM) dan Amaran Lintasan Belakang (RCTA), namun tanpa ciri Kawalan Jelajah Adaptif (ACC).

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply