ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kembar Perodua Axia (D74A), Daihatsu Ayla dilancar di Indonesia – Pilihan enjin 1.0 liter dan 1.3 liter, harga dari RM39,254

Berita Global

Views

Selepas membuat debut sulungnya pada 15 Februari lalu, kembar kepada Perodua Axia serba baharu (D74A) iaitu Daihatsu Ayla secara rasminya telah pun di’luncur’kan ke pasaran Indonesia pada 10 Mac lalu.

PT Astra Daihatsu menawarkan lima varian untuk model yang dibina dari pelantar Daihatsu New Global Architecture (DNGA) ini. Berikut adalah pilihan varian dan harga Ayla 2023:

  • Daihatsu Ayla 1.0 M MT (varian asas) – Rp. 134 juta (RM39,254)
  • Daihatsu Ayla 1.0 X MT – Rp. 146.9 juta (RM43,023)
  • Daihatsu Ayla 1.0 X CVT – Rp. 166.9 juta (RM48,880)
  • Daihatsu Ayla 1.2 R CVT – Rp. 184 juta (RM53,889)

Lapan pilihan warna ditawarkan, antaranya Yellow Metallic, Glittering Silver Metallic, Icy White, Dark Grey Metallic, Ultra Black Solid dan tiga warna baharu iaitu Ruby Red Metallic, Compagno Red, dan Metallic Orange.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

Tidak seperti kembarnya Axia, Ayla generasi baharu ini ditawarkan dengan dua pilihan enjin, iaitu 1.0 liter menerima enjin 1KR-VE tiga silinder yang menghasilkan 67 PS dan daya kilas maksima 89 Nm.

Selain itu, ia turut menerima enjin baharu 1.2 liter WA-VE tiga-silinder DOHC Dual VVT-i yang menjana output 88 PS dan daya kilas maksima 113 Nm.

Kedua-dua enjin ini dipadankan dengan pilihan sama ada transmisi D-CVT atau manual 5-kelajuan, bergantung pada varian. Dari segi reka bentuk luaran dan dalaman, Ayla 2023 tidak banyak berbeza dengan Axia di Malaysia.

Ayla 2023 turut ditawarkan dengan pakej penggayaan Astra Daihatsu Styling (ADS) yang dijual pada harga Rp. 5.9 juta (RM1,734) untuk semua varian, kecuali varian 1.0 M MT.

JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul

Pakej ADS merangkumi kemasan palang jeriji dengan tekstur timbul, bampar dengan lampu siang LED (DRL), lip spoiler, pelekat grafik ADS pada lip dan sisi, serta pemantul cahaya tambahan pada lampu belakang.

Dari segi keselamatan, varian 1.0X CVT dan 1.2 manual/CVT dilengkapi dengan Sistem Kestabilan Elektronik (VSA), Bantuan Mula Mendaki (HSA) dan sistem brek ABS bersama EBD. Kesemua varian didatangkan dengan dua beg udara secara standard.

Varian 1.2L iaitu 1.2 R turut dilengkapi dengan lampu hadapan LED, sistem kemasukan tanpa kunci, butang penghidup enjin, unit kawalan pendingin hawa digital, stereng larasan condong dan sistem inforia dengan skrin sesentuh bersaiz 7-inci.

Untuk pakej ADS, ia akan menerima tambahan kamera undur untuk varian 1.2 R, manakala 1.0 X akan dilengkapi dengan sistem audio 2-DIN dengan pemain CD.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply