ARKIB

KATEGORI

Buletin

Petronas catat keuntungan bersih RM101.6 bilion, paling besar dalam sejarah

Berita Tempatan

Views

Petronas mencatatkan keuntungan bersih terbesar dalam sejarah sebanyak RM101.6 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022.

Menurut Berita Harian, dalam tempoh dikaji, syarikat minyak dan gas nasional itu turut mencatatkan pendapatan tertinggi berjumlah RM375.3 bilion.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas, Datuk Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz, berkata pencapaian memberangsangkan itu dicapai berikutan kesan harga yang lebih baik bagi produk utama seiring dengan harga penanda aras yang lebih tinggi.

Beliau berkata, prestasi kewangan itu juga disokong oleh strategi pertumbuhan tiga serampang serta pengurusan kewangan yang berhemat dan disiplin modal yang teguh dengan melabur secara bertanggungjawab.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

Katanya, dalam persekitaran yang tidak menentu, Petronas terus melaksanakan pengurusan kewangan yang berhemat dan disiplin yang tegas dalam melabur semula untuk menyediakan keselamatan tenaga yang diperlukan pada hari ini serta untuk peralihan yang adil dan bertanggungjawab.

“Ketika tahun 2022 membolehkan kami memanfaatkan lonjakan minyak dan gas, tahun lalu juga memberikan isyarat ketidaktentuan terhadap permintaan-bekalan yang didorong oleh peralihan mendadak dalam pasaran serta peralihan tenaga yang dipercepatkan.

“Walaupun kami maju dengan kedudukan yang lebih kukuh, Petronas akan terus memantapkan rantaian nilai bersepadu kami dengan tumpuan yang lebih memfokuskan kepada kecemerlangan komersial dan operasi,” katanya pada sidang media mengumumkan prestasi kewangan Petronas bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022 di sini, hari ini.

Dalam tahun kewangan dikaji, Aliran Tunai daripada Aktiviti Operasi (CFFO) Petronas meningkat kepada RM135.3 bilion, manakala jumlah asetnya kukuh kepada RM710.6 bilion setakat 31 Disember 2022.

JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul

Pada suku keempat berakhir 31 Disember 2022, Petronas mencatatkan keuntungan bersih RM24.4 bilion dan pendapatan RM105.9 bilion, disumbangkan terutamanya oleh kesan harga yang menggalakkan untuk semua produk dan jumlah jualan yang meningkat.

Mengulas lanjut, Tengku Muhammad Taufik berkata, Petronas akan memberi tumpuan kepada penyampaian strategi pertumbuhan tiga serampang serta aspirasi Pelepasan Sifar Karbon Bersih menjelang 2050 secara berdisiplin termasuk pengurusan komitmen kewangan dan obligasi hutang secara berhemat.

Beliau berkata, Petronas akan mengekalkan keupayaannya dalam menyampaikan nilai jangka panjang yang mampan sebagai syarikat minyak nasional dan pemain tenaga global.

Petronas perlu kekal teguh dalam menyediakan tenaga yang selamat, mampu milik dan boleh capai ke arah memartabatkan masyarakat dan menyokong negara bagi mencapai cita-cita sifar bersih.

Ujar beliau lagi, Petronas berazam untuk melaksanakannya dengan teguh melalui perkongsian yang lebih kukuh dengan pihak berkepentingan, rakan kongsi, pemain syarikat sokongan industri minyak dan gas (OGSE) tempatan dan pelanggan di seluruh dunia.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply