ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kempen ‘GoCarLah’ tawar diskaun ke atas GoCar Share mulai sekarang sehingga 30 September

Berita Tempatan

Views

GoCar Malaysia kini sedang mengadakan kempen ‘GoCarLah’ yang menawarkan diskaun ke atas GoCar Share (Perjalanan Pergi-Balik) bermula sekarang sehingga 30 September 2022.

Kadar untuk armada (fleet) biasa GoCar bermula serendah RM12.90 sejam atau RM58 sehari. Sepanjang kempen ini, pelanggan boleh menggunakan kod promo “LETSGOLAH” untuk menikmati diskaun tambahan sebanyak 30 peratus.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Pilihan luas model kenderaan ditawarkan yang merangkumi Perodua Axia, Proton Saga, Proton Persona, Proton Iriz, Perodua Bezza, Honda City, Toyota Vios, Nissan Almera, Renault Captur dan Nissan Serena.

GoCar Share (Perjalanan Pergi-Balik) ditawarkan di Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang. Mereka yang ingin merasai pengalaman memandu kenderaan elektrik sepenuhnya pula, boleh menempah Nissan Leaf dengan GoEV.

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

Ia boleh didapati dalam bahagian Share (Perjalanan Pergi-Balik) dalam aplikasi GoCar. Anda hanya perlu menggunakan kod promo “GOEVLAH” untuk menikmati penggunaan percuma selama tiga jam. GoEV kini ditawarkan di Kuala Lumpur dan Selangor.

Melalui kempen ‘GoCarLah’, pengguna juga akan menikmati perbatuan tanpa had tanpa ada kos tersembunyi. GoCar juga memansuhkan yuran keahlian sebanyak RM20 kepada pengguna-pengguna baharu sepanjang tempoh promosi ini.

CEO GoCar Malaysia, Wong Hoe Mun berkata, sebagai syarikat perkongsian kereta pertama di Malaysia yang menawarkan akses kepada EV mampu milik, mereka berharap lebih ramai rakyat negara ini akan mengambil peluang untuk merasai pengalaman memandu kereta yang lebih hijau dan bersih dengan GoEV.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply