ARKIB

KATEGORI

Buletin

Elak kemalangan dengan kereta polis – PIAM

Berita Tempatan

Views

Pemilik kenderaan yang terbabit dalam kemalangan membabitkan kenderaan berkonvoi yang diiringi pihak berkuasa khususnya polis, masih boleh menuntut ganti rugi insuran terhadap kerosakan yang dialami.

Bagaimanapun tuntutan berkenaan hanya boleh dibuat ke atas kenderaan persendirian yang diiringi pihak berkuasa pada ketika kejadian dan tidak membabitkan mana-mana kenderaan milik kerajaan.

Menurut Berita Harian, jurucakap Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) berkata, sekiranya berlaku kemalangan membabitkan kenderaan persendirian dengan kenderaan polis, maka tuntutan akan dibuat ke atas insurans pemilik kenderaan persendirian itu sendiri.

Katanya, secara kebiasaan ia akan dibuat bergantung kepada rundingan atau budi-bicara di antara pemandu kenderaan persendirian dengan pemandu kenderaan polis terbabit.

Bagaimanapun pemandu kenderaan persendirian boleh membuat tuntutan ke atas kenderaan milik persendirian yang sedang diiringi pihak berkuasa dalam apa-apa situasi bergantung kepada kesalahan ketika kejadian kemalangan itu berlaku.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Beliau berkata, kemalangan membabitkan kenderaan persendirian dengan kenderaan milik kerajaan yang berada dalam situasi kecemasan seperti kawalan pihak polis membawa orang kenamaan, ambulans, bomba serta jabatan penguatkuasaan lain, secara kebiasaan akan dituntut berdasarkan insurans pemilik kenderaan persendirian.

Ini kerana penggunaan kenderaan kerajaan yang dalam situasi kecemasan ini akan menggunakan siren yang seharusnya diberikan keutamaan oleh mana-mana pemandu.

Selain itu, sekiranya berlaku kemalangan di antara pemandu kenderaan persendirian dengan pemandu kenderaan persendirian lain akibat laluan konvoi iringan polis, bomba atau ambulans, maka proses tuntutan insurans akan dibuat secara normal berdasarkan situasi kejadian kemalangan.

Sebelum ini tular rakaman video pendek di mana konvoi dua trak tunda diiringi polis memotong di garisan berkembar di Jalan Gua Musang sehingga mengundang kecaman orang ramai.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, dalam kenyataannya menegaskan yang kereta peronda selaku kenderaan pengiring itu sudah memberi amaran atau peringatan secukupnya dengan membunyikan siren dan lampu kecemasan kepada pengguna jalan raya lain.

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

Muhamad Zaki menegaskan kenderaan tersebut mempunyai pergerakan dan arahan yang sah untuk mengiringi ketiga-tiga kenderaan berkenaan.

Persoalan orang ramai mengenai video yang tular adalah kereta pengiring itu mengundang bahaya. Sebenarnya, kereta pengiring itu menjalankan tugas mengatur dan mengawal mengikut Seksyen 21 Akta Polis 1967 iaitu tugas di jalan awam.

Ini bermakna, pengguna jalan raya yang lain perlu memberi kerjasama sama ada memperlahankan kenderaan, memberi laluan kepada kereta pengiring atau berhenti bagi mengelakkan sesuatu berlaku,” katanya.

Katanya, kenderaan pengiring ada peraturan tersendiri malah mereka tidak boleh sewenang-wenangnya kerana sedang bertugas.

Beliau bagaimanapun tidak menyalahkan sesiapa dan beranggapan orang ramai masih keliru dengan perkara tersebut.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply