ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kempen ‘Treat Your Audi’ tawar pelbagai ganjaran dan sokongan untuk para pemilik

Berita Tempatan

Views

PHS Automotive Malaysia (PHSAM) telah melancarkan kempen selepas jualan Treat Your Audi yang menawarkan pelbagai kelebihan dan sokongan untuk para pemilik Audi.

Kempen yang bermula dari 1 Julai hingga 30 September 2023 itu juga membolehkan 30 pemilik Audi terpilih peluang untuk memenangi barangan eksklusif Audi pada setiap bulan.

Mereka akan dipilih berdasarkan kepada perbelanjaan minimum sebanyak RM800 ke atas Pakej Pembaikan Audi atau langganan Audi Plus.

Sepanjang tempoh ini, pelanggan Pakej Pembaikan Audi akan menikmati potongan harga bermula 30 peratus untuk set brek yang merangkumi cakera brek, brek pad, penyerap hentakan, galas dan tali sawat pemasaan.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Tawaran-tawaran eksklusif turut diberikan ke atas kenderaan berusia 5 tahun dan ke atas di bawah program Audi Plus.

Pemilik bakal menikmati diskaun servis penyelenggaraan sebanyak 10 peratus dan 3 baucar diskaun servis yang boleh digunakan dalam tempoh tiga tahun selepas mendaftar.

Bukan itu sahaja, pemilik akan menerima sokongan Bantuan Tepi Jalan Audi di seluruh negara sehingga 12 bulan bermula dari tarikh penebusan baucar.

Pemilik tidak perlu bimbang kerana hanya alat ganti tulen akan digunakan dan juruteknik terlatih Audi akan membuat diagnostik, servis dan pembaikan menggunakan peralatan diagnostik terkini di Audi Center.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Sebagai tambahan, pelanggan yang memberi bateri baharu Audi akan layak untuk menerima penjimatan sebanyak 20 peratus.

Para pemilik kenderaan import parallel turut dijemput untuk memanfaatkan kempen ini dengan membawa kereta mereka ke mana-mana Audi Center bagi membuat Pemeriksaan Kondisi Audi (ACC).

Pemeriksaan komprehensif itu akan menilai kondisi sesebuah kenderaan bagi memastikan aspek keandalan, prestasi dan memberi ketenangan minda kepada pemiliknya.

Lebih penting lagi, Audi mencadangkan agar servis dilakukan pada setiap 12 bulan atau 15,000 kilometer untuk memastikan kereta mampu berfungsi sebaiknya.

Maklumat lanjut mengenai kempen Treat Your Audi, sila layari laman web www.audi.com.my atau hubungi Audi Center untuk membuat janji temu.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply