Kira-kira sebulan selepas tempahannya mula dibuka sejak 12 Jun lalu, Honda Malaysia hari ini secara rasminya melancarkan model SUV kecilnya, iaitu Winsome Runabout Vehicle (WR-V).
Honda Malaysia juga merupakan pengeluar kenderaan dari Jepun yang pertama untuk memperkenalkan SUV kecil dalam segmen Bukan-Nasional.
Ditawarkan dalam empat pilihan varian, bermula dari 1.5 S, 1.5 E, 1.5 V dan 1.5 RS, WR-V telah menerima lebih 2,500 unit tempahan hingga setakat ini, dengan varian mercu iaitu RS menerima 45 peratus tempahan.
Berikut adalah senarai varian dan harga jualan (atas jalan tanpa insurans):
- 1.5 S – RM89,900
- 1.5 E – RM95,900
- 1.5 V – RM99,900
- 1.5 RS – RM107,900
WR-V didatangkan dengan waranti dari pengeluar selama lima-tahun tanpa had perbatuan dan lima kali penyelenggaran dengan kos upah percuma.
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
Lima pilihan warna luaran ditawarkan iaitu Ignite Red Metallic, Platinum White Pearl, Meteroid Gray Metallic, Crystal Black Pearl dan warna baharu yang diperkenalkan oleh Honda di Malaysia iaitu Stellar Diamond Pearl.
Kesemua varian WR-V dijana oleh enjin empat-silinder petrol 1.5L DOHC i-VTEC yang menghasilkan kuasa maksimum 121PS dan 145Nm daya kilas. Ia dipadankan dengan transmisi CVT dengan teknologi ‘G-design shift‘. pacuan roda hadapan.
Dari segi dimensinya pula, WR-V berukuran 4,060mm panjang, 1,780mm lebar dan 1,608mm tinggi, manakala jarak lega tanahnya 207mm, paling tinggi dalam kelasnya.
Ia juga mempunyai ruang bagasi yang besar dengan kapasiti 380 liter dan bertambah kepada 1,470 liter sekiranya tempat duduk belakang direbahkan.
WR-V menampilkan reka bentuk yang moden dan sporty. Varian S dan E diberikan lampu hadapan jenis projektor (DRL LED) dan rim 16-inci, manakala varian V dan RS didatangkan dengan lampu hadapan jenis LED automatik, lampu siang (DRL) dan lampu kabus.
Varian RS mempunyai penampilan lebih unik dengan jeriji hadapan kemasan ala potongan berlian, rim 17-inci kemasan dwi-tona dan lambang RS baharu di beberapa bahagian badannya.
Kesemua varian berkongsi rekaan lampu belakang yang dengan penggunaan lampu jenis LED. Di dalam kabin, susun atur papan pemuka yang tampak ringkas dan konvensional.
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
Semua varian didatangkan dengan ciri kemasukan pintar bersama butang penghidup enjin, paparan unit inforia bersaiz 7-inci dengan ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto, serta dua slot pengecas USB.
Dari segi keselamatan pula, WR-V menerima ciri standard yang merangkumi empat beg udara (kecuali varian 1.5 RS), enam beg udara (varian 1.5 RS sahaja), Bantuan Kestabilan Kenderaan (VSA), ABS dengan EBD, Bantuan Mendaki (HSA), Isyarat Berhenti Kecemasan, penderia undur dan Honda LaneWatch.
Bukan itu sahaja, WR-V turut dilengkapi dengan Honda SENSING pada varian 1.5 E, 1.5 V dan 1.5 RS yang merangkumi ciri-ciri seperti:
- Notifikasi Pergerakan Kenderaan Di hadapan (LCDN)
- Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
- Sistem Brek Cegah Pelanggaran (CMBS)
- Amaran Rempuhan Hadapan (FCW)
- Sistem Bantuan Kekal Lorong (LKAS)
- Mitigasi Keluar Laluan (RDM)
- Amaran Keluar Lorong (LDW)
- Pancaran Lampu Tinggi Automatik (AHB)
‘Seteru terkuat’ kepada Perodua Ativa ini turut dilengkapi dengan Honda CONNECT untuk varian 1.5 RS. Ini membolehkannya menerima penarafan 5-bintang daripada Program Penilaian Kereta Baharu Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN NCAP) dengan jumlah skor keseluruhan 77.07 mata.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
KOMEN TERKINI