ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kenderaan berat melebihi 7.5 tan dilarang masuk ke pusat bandar pada waktu puncak

Berita Tempatan

Views

Kementerian Wilayah Persekutuan melalui Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melarang kenderaan berat melebihi 7.5 tan memasuki pusat bandar pada waktu puncak, berkuat kuasa serta-merta.

Harian Metro melaporkan, Timbalan Wilayah Persekutuan Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata langkah itu diputuskan jawatankuasa khas bagi mencari jalan penyelesaian berkaitan kaedah dan tindakan penyuraian kesesakan lalu lintas di ibu negara hari ini.

Beliau berkata mana-mana kenderaan berat yang dikesan masuk ke ibu kota pada waktu puncak akan dikenakan tindakan mengikut Seksyen 79 Akta Pengangkutan Jalan 1987 oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Pihaknya mendapati kemasukan kenderaan berat tanpa mengira waktu menjadi antara punca yang menyumbang kepada kesesakan lalu lintas di ibu negara.

Oleh itu, sekiranya mereka melanggar peraturan ini, mereka akan dikenakan tindakan kompaun secara mandatori dan kami berpendirian tegas untuk tidak akan melayan sebarang rayuan yang dikemukakan kelak.

Jalaluddin berkata DBKL juga akan meletakkan paparan maklumat boleh ubah (VMS) larangan kenderaan berat di lokasi berhampiran sempadan penyediaan kawasan parkir sebelum masuk ke ibu negara.

Beliau berkata kesesakan lalu lintas di ibu negara juga didapati berpunca daripada peningkatan berganda jumlah kenderaan selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilonggarkan melalui pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara pada Ogos tahun lalu.

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

Ia juga disebabkan tiada lagi pelaksanaan bekerja dari rumah dan halangan di jalan utama seperti kemalangan, pokok tumbang serta kenderaan rosak selain penurunan sehingga 30 peratus terhadap penggunaan pengangkutan awam.

Jalaluddin berkata jawatankuasa khas itu turut memutuskan untuk melarang kenderaan parkir di bahu jalan semasa waktu puncak dan membatalkan petak parkir secara berperingkat di jalan utama.

Beliau berkata, pihaknya juga melarang penjaja berniaga di bahu jalan semasa waktu puncak dan membatalkan petak penjaja secara berperingkat terutama di bahu jalan di jalan utama.

Tambahnya lagi, pada masa sama, mereka juga sentiasa mengemas kini papan tanda berkaitan lalu lintas dan peraturan keselamatan jalan raya serta menguat kuasa larangan kenderaan berhenti di petak kuning persimpangan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply