ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton tutup tempahan sekiranya capai had keupayaan pengeluaran

Berita Tempatan

Views

Proton Holdings Bhd (Proton) akan mengambil kira jumlah tempahan sedia ada dan diterima sebelum 30 Jun bagi memastikan ia berupaya mendaftar dan menyerahkan semua model termasuk produk terlarisnya, Proton X50 dapat dibuat sebelum 1 April 2023.

Berita Harian melaporkan, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Roslan Abdullah, berkata bagi mengelakkan sebarang isu, mereka akan berhenti menerima tempahan sekiranya model tertentu telah mencapai had keupayaan pengeluarannya sehingga 31 Mac 2023.

Ia bagi mengelak sebarang penyerahan tempahan melepas tarikh akhir berkenaan. Ujarnya, langkah itu dilaksanakan pengeluar kereta nasional bagi membolehkan pelanggannya menerima model yang dimahukan seterusnya menikmati insentif pengecualian cukai jualan.

Roslan berkata, secara umumnya tempoh menunggu bagi model Proton adalah sekitar dua bulan bagi model Proton X70, Persona, Iriz, Exora dan Saga, tertakluk kepada pilihan warna dan varian.

Tambah beliau, bagi Proton X50 pula, ia akan mengambil masa lebih kurang 6 bulan dan juga tertakluk kepada pilihan warna dan varian.

Mengulas mengenai kelayakan pembeli untuk mendapat manfaat pengecualian cukai, beliau menjelaskan, bakal pelanggan boleh membuat tempahan iaitu wang yang dibayar sebagai deposit di pusat jualan yang dilantik atau cawangan Proton.

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

Bagi syarikat menjual kenderaan, pelanggan yang telah membayar yuran tempahan akan terus layak untuk memasuki senarai ‘queue‘ bagi membeli kereta baharu.

Bagaimanapun, transaksi membeli kereta adalah tertakluk kepada terma dan syarat, terutama sekali kelulusan pinjaman bank dan oleh itu, bukan semua tempahan bakal menjadi jualan.

Bagi Proton, yuran tempahan untuk setiap model adalah antara RM500 hingga RM1,000. Justeru, bagi pembeli yang ingin menikmati insentif pengecualian cukai, tempahan perlu dibuat sebelum 1 Julai 2022 manakala pendaftaran kenderaan perlulah dilakukan sebelum 1 April 2023.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply