Pernah tak situasi seperti ini terjadi kepada anda? Bayangkan anda ketika ini sedang berada di kawasan parkir pusat membeli-belah.
Punya la puas pusing ke sana, ke sini, lepas naik satu tingkat ke tingkat yang berikutnya untuk mencari parkir, tiba-tiba anda nampak kelibat ruang petak kosong.
Masa itu punyalah ‘berbunga-bunga’ sebab dah jumpa parkir yang dicari. Siap pecut la sikit, bimbang dah ada ‘penunggu’ atau kereta lain yang menunggu masa untuk berebut masuk.
Sekali bila dah sampai kat petak parkir yang kosong tu, rupanya ada satu ‘entiti misteri’ yang dah lama menunggu di situ dan ia tidak lain tidak bukan adalah Perodua Kancil.
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
Sebenarnya kami olah kembali situasi yang terjadi kepada Andrew Martin beberapa hari lepas, yang berkongsi kisah tersebut menerusi satu hantaran di laman LinkedIn peribadinya.
Untuk pengetahuan anda, Andrew Martin merupakan Pengasas Bersama di Platform Pemasaran Kandungan dan Berita Digital Terkemuka Asia Selatan, selain menjadi Ahli Majlis Komunikasi Forbes.
Maka tidak hairanlah hantarannya berkaitan ‘kisah tersebut’, menjadi tular di media sosial. Anda pernah terkena dengan situasi sebegini tak? Penulis dah banyak kali, sabor je lah yer. 🤣🤣🤣
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Andrew Martin
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
KOMEN TERKINI