ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kerajaan bakal wajibkan ABS untuk motosikal 150cc ke atas

Berita Tempatan

Views

Kerajaan akan mewajibkan pemasangan sistem brek antikunci (ABS) bagi pengeluaran motosikal baharu dengan enjin bersesaran 150cc ke atas.

UTUSAN melaporkan, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, penambahan sistem keselamatan itu bagaimanapun akan dikuatkuasakan selepas kajian terperinci dilakukan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS).

Katanya, kajian itu akan dimulakan tahun ini dan dijangka dimuktamadkan dalam tempoh enam bulan, sebelum penguatkuasaan ABS dapat dilaksanakan dua tahun selepas tarikh dapatan data.

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini

Tempoh masa sama akan digunakan untuk meminda peraturan sedia ada bagi mewajibkan pemasangan ABS. Beliau dengan sukacitanya mengumumkan satu kerjasama bersama MIROS untuk melaksanakan satu kajian terperinci ke arah mewajibkan pemasangan ABS bagi enjin bersesaran 150cc dan ke atas.

Kajian ini akan melibatkan semua pemegang taruh daripada pembuat motosikal dan wakil pengguna sebelum dimuktamadkan dalam tempoh enam bulan.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Sambutan Ulang Tahun Ke-19 MIROS di Makmal Pelanggaran PC3 di Ayer Molek di Melaka, hari ini.

JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

Mengulas lanjut, beliau berkata, pemasangan ABS merupakan salah satu usaha kerajaan mengurangkan kes kemalangan maut, di mana 60 peratus daripadanya membabitkan penunggang motosikal.

Mengikut data, lebih 60 peratus daripada 6,000 kematian kemalangan jalan raya direkodkan melibatkan penunggang motosikal dan peratusan ini tidak pernah menurun sejak sedekad lalu.

Sistem brek yang kurang efektif adalah salah satu faktor kemalangan ini berlaku dan kerana itulah kita mencari penyelesaian dengan kajian ABS kerana ia mempunyai teknologi anti gelincir.

Tambah Ka Siong, kajian awal MIROS menunjukkan penggunaan ABS mampu mengurangkan risiko kemalangan sebanyak 30 peratus.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit MIROS

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply