ARKIB

KATEGORI

Buletin

Chevron lancar aplikasi CaltexGO di seluruh negara

Berita Tempatan

Views

Chevron Malaysia Limited (Chevron), yang memasarkan jenama runcit Caltex™ di Malaysia, baru-baru ini telah mengadakan majlis rumah terbuka Hari Raya di stesen terbaharu mereka di Putrajaya. Sempena dengan majlis itu juga, mereka turut melancarkan aplikasi CaltexGO di seluruh negara.

Pengerusi Negara Chevron Malaysia Limited, Jay Gomez berkata, setelah memulkan projek perintis CaltexGO di Lembah Klang pada September 2021, kini mereka bersedia untuk melancarkan aplikasi itu di seluruh negara.

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini

Dengan CaltexGO, pemandu di Malaysia akan menikmati faedah tambahan untuk mengisi minyak dengan lebih pantas dan mudah.

CaltexGO merupakan aplikasi mudah alih yang membolehkan pelanggan membuat pembayaran bahan api mereka tanpa perlu ke kaunter secara fizikal.

Pelancaran aplikasi ini di seluruh negara menandakan langkah seterusnya dalam usaha Chevron untuk melibatkan diri dengan pelanggan melalui cara baharu dan inovatif.

JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

Langkah ini adalah sebahagian daripada visi mereka yang lebih luas untuk menggabungkan pendigitalan untuk memasarkan produk dan tawaran mereka dengan lebih baik.

Naib Presiden Jualan Asia Pasifik untuk Chevron International Fuels & Lubricants, Toh Yu Lee berkata, pendigitalan sentiasa menjadi keutamaan dalam pendekatan mereka untuk mencari cara baharu dan inventif untuk menjangkau pelanggan dengan trend yang sentiasa berubah.

Bersempena dengan pelancaran di seluruh negara, pelanggan boleh menikmati pulangan tunai RM5 apabila mengisi minyak sekurang-kurangnya RM30 dengan CaltexGO. Untuk maklumat lanjut, sila layari Tawaran Pulangan Tunai CaltexGO RM5 | Caltex Malaysia.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply