ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kerajaan benar universiti awam miliki nombor plat sendiri

Berita Tempatan

Views

Berita Harian melaporkan, kerajaan bakal memberi kelonggaran kepada universiti awam untuk mempunyai nombor pendaftaran khas kenderaan. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata dana menerusi penjualan nombor plat khas itu boleh digunakan untuk penyelidikan dan pembangunan universiti.

Beliau telah mengadakan perbincangan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kira-kira dua bulan lalu dan membuat keputusan dasar untuk memberi kelonggaran kepada universiti awam untuk memiliki nombor plat khas kenderaan.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 ditemui sekitar kawasan pekan kecil

Katanya, ada banyak permintaan daripada pihak universiti dan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik juga meminta dan memberi surat bagi tujuan ini. Tambahnya lagi, kelonggaran ini sebagai sokongan kepada universiti sebagai institusi pendidikan tinggi awam untuk mendapatkan dana bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan generasi muda.

Loke berkata demikian pada sesi Dialog Universiti – Industri sempena lawatannya ke Universiti Malaysia Terengganu, semalam yang turut hadir, Naib Canselor UMT, Datuk Prof Dr Nor Aieni Mokhtar. Selepas mengambil alih jawatan Menteri Pengangkutan, sebelum ini Loke pernah menyatakan nombor pendaftaran khas kenderaan tidak lagi diberi kepada badan bukan kerajaan (NGO) atau pihak persendirian.

JOM BACA >> INTIP : Ke manakah destinasi Saga facelift berbungkus ini?

Dasar baharu itu menetapkan semua nombor pendaftaran khas akan dikeluarkan JPJ dan kerajaan sahaja. Kerajaan juga bersetuju memberi ‘harga istimewa’ yang mana sebelum ini sebarang permohonan nombor plat khas perlu membayar RM1 juta dan kini diturunkan kepada RM500,000.

Kelonggaran itu akan diberikan selama tiga tahun untuk pihak universiti menjalankan penjualan nombor plat khas itu sama ada secara tender atau menerusi bidaan. Penjualan satu siri boleh menjana sehingga RM10 juta dan pelancaran siri khas Malaysia tahun lalu berjaya membolehkan kerajaan menjana RM13 juta daripada penjualannya.

Kata Loke lagi, jika universiti mempunyai sokongan alumni, mereka boleh diminta menyumbang pembayaran permohonan dan akan didaftarkan di bawah Naib Canselor, manakala dana (penjualan) akan diuruskan oleh pihak universiti.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Saga facelift varian Premium dikesan dari jarak dekat
JOM BACA >> Proton Wira generasi baharu dijelmakan semula secara manipulasi digital
JOM BACA >> PANAS : Lagi foto Proton Saga facelift 2019 tertiris, mungkin varian Standard
JOM BACA >> INTIP : Proton Saga facelift 2019 varian Premium dikesan di dua lokasi berbeza

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply