ARKIB

KATEGORI

Buletin

Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dilancarkan semula

Berita Tempatan

Views

Semalam telah berlangsungnya majlis pelancaran semula Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Tapak Terowong Dungun ECRL, Bukit Bauk, Terengganu. Menurut hantaran di laman Facebook rasmi Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, hasil utama rundingan semula projek mega ini adalah pengurangan kos projek daripada RM65.5 bilion kepada RM44 bilion – penjimatan sebanyak 33 peratus iaitu RM21.5 bilion.

Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sepanjang 640 km yang menghubungkan dua pelabuhan utama di Semenanjung Malaysia, iaitu Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Kuantan akan melalui bandar-bandar utama dan taman-taman perindustrian ECER.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 ditemui sekitar kawasan pekan kecil

Pembinaan ECRL ini adalah bertujuan untuk memberi kemudahan pengangkutan kepada rakyat Malaysia dengan mempercepatkan masa perjalanan dari Kota Bharu ke Putrajaya dalam masa 4 jam dengan kelajuan 160 km/j. Jajaran baharu ECRL akan melalui sebanyak 20 buah stesen, di mana 14 stesen terdiri daripada stesen penumpang, 5 stesen gabungan penumpang dan kargo, serta satu stesen untuk tujuan kargo sahaja.

Rundingan semula ECRL juga telah berjaya mewujudkan fungsi dan skop yang lebih besar bagi syarikat tempatan untuk memainkan peranan secara aktif dalam projek nasional ini, iaitu penglibatan kontraktor pembinaan tempatan telah meningkat dari 30 peratus ke 40 peratus.

JOM BACA >> INTIP : Ke manakah destinasi Saga facelift berbungkus ini?

Projek mega ini juga bakal membuka peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan. Sebelum ini, menerusi Program Latihan Kemahiran Industri (PLKI-ECRL), seramai 447 pelatih telah berjaya dilatih dan diserapkan bekerja di dalam projek ECRL. Program yang bakal distruktur semula akan memanfaatkan seramai 5,000 anak tempatan.

ECRL dijangka merangsang pembangunan berorientasikan transit dan mewujudkan limpahan ekonomi yang bakal membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan keusahawanan kepada penduduk tempatan sejurus sahaja kerja-kerja pembinaan bermula sepenuhnya.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit laman Facebook rasmi Anthony Loke Siew Fook

JOM BACA >> INTIP : Saga facelift varian Premium dikesan dari jarak dekat
JOM BACA >> Proton Wira generasi baharu dijelmakan semula secara manipulasi digital
JOM BACA >> PANAS : Lagi foto Proton Saga facelift 2019 tertiris, mungkin varian Standard
JOM BACA >> INTIP : Proton Saga facelift 2019 varian Premium dikesan di dua lokasi berbeza

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply