ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tertinggal dalam kereta, kanak-kanak perempuan maut

Berita Tempatan

Views

Satu lagi kes kanak-kanak maut tertinggal dalam kereta berlaku pada Isnin lalu di Taman Sungai Raya di Langkawi. Menurut Harian Metro, kejadian tersebut berlaku apabila kanak-kanak berusia dua tahun sepuluh bulan tertinggal kira-kira dua jam dalam kereta yang dipandu datuknya yang di pakir di luar pagar hadapan rumah.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 ditemui sekitar kawasan pekan kecil

Ketua Polis Kedah Datuk Zainuddin Yaacob memaklumkan, mangsa ditemui tidak sedarkan diri oleh ibu dan datuknya dan kemudiannya disahkan meninggal dunia di Hospital Langkawi. Tambahnya lagi, sebelum kejadian, mangsa mengikut datuknya yang berusia 73 tahun menaiki kereta untuk menjemput kakak dan abangnya pulang dari sekolah berhampiran.

Bagaimanapun, mangsa yang duduk di tempat duduk penumpang belakang bersama kakak dan abangnya dipercayai tertidur. Zainuddin berkata, datuknya terus masuk ke rumah selepas tiba di kediamannya dan beranggapan mangsa juga sudah keluar dari kereta.

JOM BACA >> INTIP : Ke manakah destinasi Saga facelift berbungkus ini?

Dua jam kemudian, baru disedari mangsa tidak berada bersama kakak dan abangnya di dalam rumah sebelum ibunya keluar mencari mangsa di rumah datuknya yang terletak berhampiran. Pemeriksaan mendapati mangsa tidak sedarkan diri sambil tertiarap di tempat duduk penumpang belakang, sebelum dibawa ke hospital dan disahkan meninggal dunia.

Laporan awal menunjukkan punca kematian disebabkan strok haba dan kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. Sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM20,000 atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya. Kes ini masih disiasat dan pihak polis menasihati semua ibu bapa atau penjaga agar lebih peka dan sentiasa mengawasi anak masing-masing.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto sekadar hiasan. Kredit Today.com.

JOM BACA >> INTIP : Saga facelift varian Premium dikesan dari jarak dekat
JOM BACA >> Proton Wira generasi baharu dijelmakan semula secara manipulasi digital
JOM BACA >> PANAS : Lagi foto Proton Saga facelift 2019 tertiris, mungkin varian Standard
JOM BACA >> INTIP : Proton Saga facelift 2019 varian Premium dikesan di dua lokasi berbeza

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply