ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kerajaan tak kawal harga kenderaan – Tengku Zafrul

Berita Tempatan

Views

Harga kenderaan tidak dikawal oleh kerajaan tetapi dipengaruhi oleh daya pasaran, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Beliau menjelaskan, seperti barangan lain, harga kenderaan dipengaruhi oleh kos yang terbabit dalam mengeluarkan kenderaan seperti komponen yang digunakan, pengangkutan dan logistik, insurans, kadar faedah pinjaman, teknologi baharu dan kos lain.

Beliau berkata, sebahagian kos itu juga adalah dipengaruhi oleh kadar tukaran wang asing.

Penentuan harga oleh syarikat pengeluar kenderaan (OEM) turut mengambil kira keanjalan permintaan terhadap kenderaan. Kebiasaannya, kereta kategori mewah mempunyai keanjalan permintaan yang lebih rendah berbanding bukan mewah.

“Selain itu, elemen teknologi terkini yang diterapkan dalam kenderaan bagi meningkatkan daya keselamatan untuk pemandu dan pengguna jalan raya juga mempengaruhi harga kenderaan dan harga kenderaan itu tidak boleh dibandingkan dengan model terdahulu,” katanya.

JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…

Beliau berkata demikian bagi mengulas pertanyaan lisan Kapten Azahari Hasan (PN-Padang Rengas) yang meminta Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menyatakan langkah kerajaan untuk mengurangkan harga kenderaan.

Menjelaskan lanjut, Tengku Zafrul berkata, setiap kenderaan secara umumnya tertakluk kepada duti import, duti eksais dan cukai jualan bergantung kepada spesifikasi kenderaan berkenaan.

Beliau berkata, duti dan cukai yang dikenakan juga akan menjadi sebahagian daripada kos kenderaan sebelum syarikat menentukan harga di pasaran.

Katanya, di bawah Dasar Automotif Nasional (NAP), industri automotif tempatan telah diberikan panduan dan hala tuju supaya menjadikan Malaysia sebagai hab pengeluaran kenderaan terutamanya jenis cekap tenaga (EEV).

“Bagi menarik pelaburan di dalam aktiviti pengeluaran EEV, kerajaan telah menawarkan insentif cukai dalam bentuk pengecualian atau pengurangan duti eksais dan cukai jualan.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu (D92A)

“Selain itu, kerajaan juga memberi pengecualian atau pengurangan duti import ke atas komponen komponen import untuk aktiviti pemasangan tempatan kenderaan,” katanya.

Tengku Zafrul berkata, mekanisme insentif di bawah NAP itu akan dinilai di bawah Jawatankuasa Pembangunan Perniagaan Automotif yang dianggotai MITI, Kementerian Kewangan, Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan agensi berkenaan seperti Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii).

Beliau berkata, kadar atau tahap insentif cukai yang diberikan adalah bergantung kepada merit pelan perniagaan OEM seperti jumlah pelaburan, pembangunan vendor, pemindahan teknologi dan pelan eksport.

Selain mekanisme penilaian insentif bagi tujuan pengurangan duti dan cukai kenderaan, produk automotif seperti kenderaan import sepenuhnya (CBU), pemasangan tempatan (CKD) dan komponen yang diimport berpeluang untuk menikmati duti import pada kadar duti import yang lebih rendah atau sehingga sifar peratus di bawah Perjanjian Perdagangan Barang ASEAN (ATIGA) dan dari negara lain yang mempunyai Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dengan Malaysia. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Bernama

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply