ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kerajaan Terengganu teruskan program lesen motosikal percuma untuk belia

Views

Kerajaan negeri Terengganu meneruskan program Lesen Motosikal Terengganu Sejahtera (LMTS) secara percuma kepada golongan belia negeri buat kali ketiga bermula bulan depan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, LMTS siri ketiga tersebut menyasarkan 15,000 belia berusia 18 hingga 40 tahun di seluruh negeri terbabit.

JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…

Ujar beliau, pihaknya telah menyediakan peruntukan RM4.56 juta bagi pelaksanaan program berkenaan yang dijangka akan berlarutan hingga akhir tahun.

Tambah beliau, belia Terengganu berdaftar yang layak akan dibiayai kos mendapatkan lesen menunggang motosikal iaitu B2 bernilai RM310 seorang termasuk insurans.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu (D92A)

Wan Sukairi berkata, kos yang dibiayai kerajaan negeri Terengganu tersebut merangkumi bayaran pendaftaran, ujian berkomputer, latihan sehingga ujian praktikal Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Beliau berkata, belia Terengganu yang berpendapatan maksimum RM1,500 sebulan boleh memohon program LMTS menerusi portal INI. Pendaftaran bagi program itu dibuka dari 6 Mac sehingga 20 Mac ini. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit JPKK Ketengah Jaya

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply