ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kereta elektrik tempatan ‘MyKar’ bakal dihasilkan tahun depan – Harga bawah RM50k?

Berita Tempatan

Views

Syarikat kenderaan elektrik Malaysia, EV Innovations, pencetus projek MyKar semalam menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) dengan Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) mengenai proses homologi projek tersebut, bagi membolehkannya sedia untuk dikeluarkan.

Majlis tersebut dilangsungkan bersempena dengan pengenalan projek MyKar di Litar Antarabangsa Sepang (SIC). MoA bakal menyaksikan kolaborasi antara EV Innovations dan MARii dalam membangunkan teknologi tempatan untuk diaplikasikan dalam projek MyKar, termasuklah pelantar EV, inisiatif integrasi sistem, bahagian dan komponen.

Pembangunan tersebut turut merangkumi Sistem Pengurusan Bateri (BMS), teknologi pengecasan nirwayar EV dan protokol komunikasi untuk kenderaan, yang semuanya tersedia di MARii dan merupakan harta intelek (IP) agensi kerajaan.

JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam

Sekurang-kurangnya ada 5 unit lagi MyKar bakal dihasilkan untuk fasa pengujian dan homologasi, bagi membolehkan projek itu beralih dari fasa model prototaip kepada kenderaan yang layak untuk berada di jalan raya.

Projek MyKar adalah inisiatif mula-niaga (start-up) kenderaan elektrik yang bermula pada tahun 2019 oleh jurutera anak Malaysia. Objektif utamanya adalah bagi menghasilkan EV keluaran massa dan maju dari segi teknologi serta berdaya maju untuk pasaran automotif Malaysia dan ASEAN.

Majlis semalam turut menyaksikan satu lagi perjanjian menandatangani MoA antara EV Innovations dan Ingress Corporation Berhad mengenai pembuatan alat ganti. Projek ini adalah berdasarkan pelbagai teknologi yang dibangunkan oleh System Consultancy Services, antaranya kawalan elektronik, instrumentasi dan  integrasi.

JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?

DK Composites Sdn Bhd pula bertanggungjawab untuk menghasilkan badan kenderaan manakala DNT Auto pula ditugaskan untuk mereka bentuk dan pembuatan casis dan semua bahagian mekanikal kenderaan pra-pengeluaran ini.

Berikut adalah spesifikasi ringkas MyKar:

  • Berat: 900kg
  • Motor: 12kW
  • Pek bateri: 10 kWh, 32 China Aviation Lithium Battery (CALB) lithium-ion phosphate (LiFePO4)
  • Penggunaan tenaga: 6.6 kWh per 100 km
  • Masa pengecasan: 3 hours
  • Halaju maksima: 104 km/j

Menurut rakan kami di WapCar.my, MyKar dijangka memasuki fasa pengeluaran seawal tahun hadapan dan bakal dijual dengan tanda harga di bawah RM50,000. Pada pendapat kami, ada banyak lagi perkara perlu diperhalusi sebelum ianya siap sedia untuk dikomersilkan, terutama sekali dari segi reka bentuk dan sebagainya. Apa pun kita tunggu perkembangan mutakhir mengenai Projek MyKar selepas ini dari semasa ke semasa.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit MARii dan Anwar

JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!
JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat
JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply