ARKIB

KATEGORI

Buletin

MAN tawar bas dengan pilihan enjin Euro V tahun depan, casis elektrik turut diperkenalkan

Berita Tempatan

Views

Setelah muncul sebagai pengeluar kenderaan pertama di Malaysia yang menawarkan enjin Euro V sebagai standard untuk keseluruhan rangkaian traknya, MAN Truck & Bus (M) Sdn Bhd (MAN Malaysia), kali ini tampil dengan rangkaian casis bas terbaharunya.

Berucap di MAN BAGUS, Pengarah Urusan MAN Malaysia, Andrew O’Brooks berkata, pihaknya akan memperkenalkan enjin pelepasan rendah Euro V sebagai opsyen pada 2023 dalam usaha membantu syarikat bas mengurangkan jejak karbon.

Ujar beliau, pihaknya juga berharap mula menerima tempahan untuk casis elektrik (e-casis) MAN menjelang tahun depan, namun ia bergantung kepada infrastruktur pengecasan EV.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

O’Brooks percaya, ramai daripada kalangan peserta industri akan melihat manfaat daripada pelaburan dalam casis bas yang lebih mampan, cekap penggunaan bahan api dengan pelepasan karbon rendah.

Di majlis tersebut, MAN Malaysia mengambil peluang untuk mengeratkan hubungan dengan pengendali bas dan berkongsi maklumat mengenai perkembangan global, selain berkongsi kejayaan MAN dalam membangunkan penyelesaian elektro-mobiliti bagi sektor pengangkutan awam seperti MAN Lion City E.

MAN Lion City E yang telahpun memulakan perkhidmatan di beberapa bandaraya di Eropah juga berjaya membuktikan kemampuannya dalam perjalanan jarak jauh.

Bas elektrik MAN ini berjaya menjelajah kira-kira 2,500 kilometer dari Munich di Jerman hingga ke Limerick di Ireland dalam Program Electrifying Europe Tour yang berlangsung daripada 29 April hingga 8 Mei 2022. Kejayaan ini membuktikan keupayaan dan kebolehpercayaannya yang luar biasa.

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

Bagaimanapun, beberapa isu utama perlu diatasi sebelum e-casis MAN baharu ini mampu menjadi produk yang berdaya maju di negara ini.

Pertama, sebagai negara pengeluar petroleum di mana harga runcit bahan api masih agak rendah, insentif untuk mendorong penggunaan kenderaan elektrik secara besar-besaran memang kurang.

Kedua, walapupun kerajaan berhasrat untuk mencapai status neutral karbon pada 2050, langkah yang diambil dan proses pelaksanaannya masih tidak jelas dan tidak banyak insentif diberi kepada pengguna untuk melabur dalam kenderaan elektrik perkhidmatan awam (PSV).

Ketiga, tahap pelaburan dan pembangunan stesen mengecaj serta infrastruktur yang berkaitan dengannya berkemungkinan menjadi halangan terbesar untuk membawa e-casis atau e-bas siap dipasang (CBU) ke Malaysia.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply