ARKIB

KATEGORI

Buletin

Land Rover Defender 110 dilancarkan – Dua pilihan enjin, harga bermula dari RM798,800

Berita Tempatan

Views

Siang tadi Jaguar Land Rover Malaysia secara rasminya melancarkan Land Rover Defender 110 baharu untuk pasaran Malaysia. Model ikonik baharu itu didatangkan dengan dua pilihan enjin iaitu enjin pancitan bahan api kawalan elektronik 2.0L 300PS Ingenium 4-silinder dan enjin bahan api 3.0L 400PS MHEV (Mild Hybrid Electric Vehicle) 6- silinder.

Enjin 2.0L 300PS Ingenium mampu menghasilkan 300PS pada 5,500rpm dan daya kilas maksimum 400NM pada 1,500 – 4,500rpm, manakala enjin 3.0L 400PS MHEV dilengkapi pengecas turbo twin-scroll dan supercharger 48-volt yang mampu menjana 400PS dan daya kilas setinggi 500Nm, serta mampu memecut 0-100km/j dalam masa 6.1 saat.

Menurut Pengarah Urusan Jaguar Land Rover Malaysia, Syed Ahmad Muzri Syed Faiz, meskipun Defender baharu ini dilengkapi dengan inovasi terkini dan pelbagai peningkatan, ia masih lagi kenderaan Land Rover paling kukuh dan paling berupaya untuk menempuh cabaran dan ekplorasi lasak.

Kerangka baharu dan reka bentuk badan D7x yang dibina berasaskan struktur monokok aluminium ringan, direka untuk bertahan dengan prosedur Extreme Event Test Land Rover yang dilakukan secara berulang kali, jauh melangkaui piawaian normal untuk SUV dan kereta penumpang.

JOM BACA >> Bukan prop filem pulak dah… sebenarnya untuk uji nilai kenderaan pengiring

Ini membolehkannya menunda dan membawa bebanan berat dengan rak bumbung dan sistem bar tunda dengan kapasiti tundaan seberat 3,500kg. Badannya yang ultra tegap berupaya menempuh cabaran merentasi daratan dengan beban maksimum bumbung statik seberat 300kg.

Model ini memiliki jarak lega bumi 291mm, dengan jarak roda sepanjang 3,022mm (99mm lebih panjang daripada Discovery), manakala Defender 110 memiliki sudut breakover 28 darjah bagi memberikan geometri off-road yang unggul.

Ia mampu meranduk air sedalam 900mm diperkuat dengan program Wade baharu yang terdapat dalam sistem Terrain Response, yang memastikan pemandu dapat meranduk merentas air dengan yakin. Antara ciri terkini pada Defender 110 sistem peredam adaptif, Kamera Keliling 3D dan cermin pandang belakang ClearSight.

Kehebatan reka bentuknya tidak boleh disangkal lagi kerana ia telah dinobatkan sebagai pemenang 2021 World Car Design of the Year. Ia menampilkan rekaan yang moden serta minimalis di bahagian luaran dan juga dalaman. Ruang kabinnya dilengkapi sistem infohibur terkini Pivi Pro yang dipadankan dengan sistem bunyi Meridian dari Britain.

JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao

Ciri-ciri lain yang ada pada Defender termasuk Head-up Display, ClearSight cermin pandang belakang dan sistem unit integrasi Click and Go yang menggabungkan aksesori tambahan. Defender mempunyai ruang bagasi berkapasiti 1,075-liter dan ia boleh ditingkatkan sehingga 2,380 liter dengan bebanan maksimum sehingga 900kg.

Harga jualan varian 2.0L 300PS bermula dari RM798,800 manakala 3.0L 400PS MHEV bermula dari RM998,800 (harga termasuk pengecualian 50 peratus cukai jualan, tidak termasuk cukai jalan, pendaftaran dan insurans).

Setiap pembelian Defender yang didaftarkan pada 2021 sempena sambutan ulangtahun kerjasama Sime Darby and Land Rover yang ke-40 akan dihadiahkan jam tangan Land Rover Heritage bernilai RM2,288 secara percuma (sementara stok masih ada).

Kesemua kenderaan Land Rover didatangkan dengan program Land Rover Care meliputi waranti lima tahun, servis percuma lima tahun dan bantuan pinggir jalan raya selama tiga tahun.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”
JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton
JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply