ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kereta Terhubung Digi bersama AXA FlexiDrive – Inisiatif galak rakyat Malaysia utamakan keselamatan di jalan raya

Views

Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) telah memperkenalkan ‘Kereta Terhubung Digi bersama AXA FlexiDrive’, satu inisiatif untuk menggalakkan rakyat Malaysia agar sentiasa mengutamakan keselamatan di jalan raya dan memberi ganjaran kepada mereka yang mengamalkan tabiat pemanduan berhemah. Produk yang pertama seumpamanya di Malaysia ini bertujuan membantu pemandu kenderaan yang telah diinsuranskan untuk belajar dan memahami dengan lebih baik akan tabiat pemanduan mereka menerusi pemasangan peranti keselamatan telematik dan aplikasi mudah alih AXA FlexiDrive.

Ketua Pegawai Digital Digi, Praveen Rajan berkata bahawa inisiatif ini adalah sebahagian daripada usaha yang diambil untuk mengukuhkan pembabitan Digi dalam teknologi IoT (Internet of Things) menerusi strategi Kenderaan Terhubung yang komprehensif. Ia merupakan sebahagian daripada strategi syarikat dalam menawarkan pelbagai solusi buat kenderaan persendirian dan syarikat insurans.

AXA FlexiDrive adalah insurans motor telematik pertama di Malaysia yang menawarkan diskaun bagi pemanduan selamat untuk menggalakkan pemandu agar sentiasa peka dan mengutamakan keselamatan semasa di jalan raya dengan memantau tabiat pemanduan mereka. Praveen turut menyatakan kesediaan Digi untuk menjalin kerjasama dan meneroka pelbagai jenis produk berasaskan inovasi baharu yang memberi manfaat kepada pelanggan serta semua rakyat Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif AXA Affin General Insurance, Emmanuel Nivet berkata, keselamatan jalan raya adalah perkara yang serius dan mereka komited dalam memastikan keselamatan semua orang dilindungi. Produk AXA FlexiDrive dihasilkan dengan mengambil kira akan keperluan rakyat Malaysia.

JOM BACA >> Pengeluaran Ertiga bakal tamat – Hampir capai jumlah yang ditetapkan oleh Suzuki Motor Corporation

Insurans motor AXA FlexiDrive dilancarkan pada tahun 2017 bersama dengan rakan kongsi telematik rasmi AXA, kumpulan CSE (Communications & Security Electronics) yang merupakan sebuah pusat penyelidikan, pembangunan dan pembuatan tempatan yang telah menempa nama dalam bidang telematik sejak tahun 2002. Produk ini telah meraih anugerah Produk Insurans Baharu Terbaik-Malaysia di Anugerah Perbankan Kewangan dan Insurans Asia 2018.

Menerusi ‘Kereta Terhubung Digi bersama AXA FlexiDrive’, pemilik kenderaan berpeluang mendapatkan diskaun sehingga 20 peratus bagi pemanduan selamat. Tawaran ini bergantung pada penilaian terhadap tabiat pemanduan pemandu seperti daripada segi kelajuan, jarak perjalanan kenderaan dan cara memandu. Selain itu, manfaat lain yang ditawarkan adalah notis kemalangan automatik beserta bantuan, perlindungan kenderaan 24 jam dan bantuan mendapatkan kembali kenderaan sekiranya berlaku kecurian, tanpa sebarang caj tambahan.

Pemilik kenderaan persendirian boleh mendaftar dan mengetahui dengan lebih lanjut mengenai produk ‘Kereta Terhubung Digi bersama AXA FlexiDrive’ di mana-mana Digi Store di seluruh negara bermula semalam. Sejurus selepas selesai pendaftaran, pelanggan akan dihubungi bagi mengatur pertemuan untuk pemasangan produk pada kereta. Pemasangan adalah percuma dan pelanggan hanya akan dikenakan bayaran deposit sebanyak RM70.

Pelanggan juga mempunyai pilihan untuk mengaktifkan CSE Smart Track Security yang bernilai hanya RM240 setahun. Ciri pilihan ini menawarkan sistem penggera kereta yang boleh dikawal dari telefon pintar, catatan maklumat semasa, ulasan perjalanan dan pampasan kemalangan sehingga RM2,000. Untuk maklumat lanjut sila berkunjung ke Digi Store berhampiran https://new.digi.com.my/support/digi-store.

JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC2 berjaya dikesan di dua lokasi berbeza

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply