ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kerjasama dengan Tesla bakal pacu Malaysia sebagai hab utama teknologi hijau – Tengku Zafrul

Berita Tempatan

Views

Kerjasama bersama pengeluar kenderaan elektrik (EV), Tesla dijangka dapat memacu Malaysia sebagai hab utama teknologi hijau di rantau ini, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Menerusi perbincangan dengan delegasi Tesla Malaysia pada Khamis, beliau berkata, syarikat itu menekankan sokongan terhadap ekosistem tempatan dengan melibatkan sembilan syarikat Malaysia dalam pembangunan infrastruktur pengecasan EV.

Selain itu, syarikat tersebut juga menjalin kerjasama dengan institusi pengajian tinggi tempatan untuk pemindahan ilmu dan pembangunan modal insan.

JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?

“Semoga usaha bersama ini terus berkembang, membawa manfaat besar kepada ekonomi, teknologi, dan tenaga lestari negara kita,” katanya menerusi hantaran di laman sosial media beliau selepas mengadakan perbincangan dengan delegasi Tesla Malaysia, pada Khamis.

Tengku Zafrul berkata, perbincangan pada Khamis memberi fokus kepada kemajuan dan pelaksanaan Skim AP Peneraju Global Kenderaan Elektrik Bateri (BEV).

Menurutnya, sehingga akhir Julai 2024, Tesla telah berjaya memasang 52 unit pengecas Supercharger dengan kapasiti 250KW, 54 unit pengecas Wall Connector AC, dan lebih 4,500 unit pengecas rumah di Semenanjung Malaysia.

JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China

Menerusi pelaburan yang mencecah AS$13.5 juta (RM59.06 juta), Tesla menunjukkan komitmen yang kukuh terhadap pembangunan infrastruktur pengecasan EV di negara kita.

“Kami juga berbincang mengenai potensi besar teknologi penyimpanan tenaga bateri yang dijangka dapat menyumbang kepada peningkatan kecekapan tenaga dan kestabilan grid elektrik Malaysia.

“Teknologi ini berpotensi untuk mengurangkan kos tenaga dan memperkukuhkan infrastruktur tenaga nasional kita,” katanya. – Astro AWANI

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Tengku Zafrul

JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply