ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kes curi motosikal, suri rumah antara lapan individu ditahan

Berita Tempatan

Views

Suri rumah antara lapan individu diberkas dipercayai terlibat dalam kegiatan curi motosikal sekitar Ampang menerusi tangkapan yang dijalankan pada Jumaat.

Sinar Harian melaporkan, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kesemua suspek yang diberkas berumur antara 25 hingga 48 tahun.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Menurutnya, tangkapan dijalankan susulan laporan dibuat oleh seorang lelaki warga asing berumur 27 tahun mendakwa motosikal miliknya telah dicuri selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 5 Oktober lalu.

Mangsa yang bekerja sebagai pekerja pembersihan itu mengalami kemalangan kira-kira jam 1 pagi di susur keluar Plaza Tol Gombak menghala ke Ampang.

Dia kemudiannya didatangi dua lelaki tempatan yang menawarkan untuk membantu menghantar mangsa dan motosikalnya pulang ke rumah.

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian

Bagaimanapun beliau berkata, mangsa menyedari motosikalnya tiada ketika tiba di rumah. Mangsa mendapati motosikal yang dibawa oleh salah seorang lelaki yang membantunya tiada.

Tambah beliau, mangsa bertanyakan kepada rakan individu yang membawa motosikalnya itu, namun tidak diendahkan lelaki tersebut yang kemudian terus beredar dan meninggalkan mangsa.

Mangsa bertanyakan kepada rakan individu yang membawa motosikalnya itu, namun tidak diendahkan lelaki tersebut yang kemudian terus beredar dan meninggalkan mangsa.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Polis Daerah Ampang Jaya Page

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply