Seorang lelaki Britain yang menempah perkhidmatan Uber ketika mabuk terkejut apabila dikenakan caj AS$39,317 (RM182,332) pada kad debitnya, lapor akhbar New York Post semalam.
Oliver Kaplan, 22, baru-baru ini menempah kereta menerusi sebuah aplikasi perkongsian perjalanan selepas menamatkan syifnya di hotel Buxton Inn di Manchester, England.
Kaplan yang bekerja sebagai cef merancang untuk bertemu rakan-rakannya di Witchwood iaitu sebuah pub yang terletak sejauh 6.5 kilometer dari hotel itu.
“Saya menempah Uber seperti yang dilakukan pada kebanyakan malam lain selepas pulang dari kerja dan semuanya kelihatan normal,” kata Kaplan kepada agensi berita South West News Service.
Dia mendakwa harga yang ditawarkan pada aplikasi tersebut adalah antara AS$11 (RM51) dan AS$12 (RM55), jadi dia menerimanya dengan gembira.
“Pemandu tiba, saya menaiki teksi uber dan dia membawa saya ke tempat sepatutnya dituju. Perjalanan itu mengambil masa selama 15 minit.
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
“Apabila saya bangun dari tidur pada keesokan hari, perkara terakhir yang dijangka adalah dikenakan caj sehingga AS$39,317 (RM182,332),” katanya.
Dia segera menghubungi bahagian khidmat pelanggan Uber melalui aplikasi itu untuk mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut. “Ia mengatakan bayaran itu tidak boleh diambil kerana saya tidak mempunyai jumlah yang mencukupi,” jelasnya.
Kakitangan Uber memaklumkan bahawa lokasi yang dituju Kaplan ditukar kepada Australia. Tidak dijelaskan bagaimana perkara itu boleh berlaku sehingga menyebabkan berlakunya pertukaran tersebut.
Sumber: KOSMO! ONLINE
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
KOMEN TERKINI