ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kia K3 generasi baharu buat penampilan sulung global di Mexico City

Berita Global

Views

Kia secara rasminya hari ini memperkenalkan Kia K3 generasi baharu yang membuat penampilan sulung globalnya di Mexico City.

Model sedan serba baharu itu akan dikeluarkan di fasiliti pengeluaran Kia di Nuevo Leon, Mexico. Ia akan ditawarkan dengan pilihan enjin 1.6-liter dan buat julung kalinya varian GT-Line akan menerima enjin 2.0-liter.

Kia K3 menampilkan falsafah reka bentuk ‘Opposites United‘ yang menggabungkan konsep yang bercanggah seperti teknologi dan alam semula jadi.

Siluet sedan ini menampilkan gaya fastback dengan rekaan hadapan yang agresif, gaya reka bentuk yang tajam, dan reka corak lampu DRL LEDnya yang tersendiri.

Dari hadapan ia masih mengekalkan jeriji tradisi ‘Tiger Nose‘ yang kini diterjemahkan dalam bentuk yang lebih moden. Varian GT-Line tampil lebih sporty dengan corong kemasukan udara yang lebih besar, rim 17-inci dan corong ekzos berkembar.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Dari segi dimensi, Kia K3 berukuran 4,545mm panjang, 1,765mm lebar dan 1,475mm tinggi, manakala jarak antara gandar rodanya pula 2,670mm. Ia turut mempunyai kapasiti bagasi yang luas sebanyak 544 liter.

Reka bentuk ruang kabinnya kali ini tampil lebih moden dan minimalis, dengan menggabungkan kemasan pemasangan yang mengatasi pesaingnya.

Papan pemukanya tampil dengan skrin sesentuh 10.25-inci beresolusi tinggi yang menyokong ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto nirwayar.

Selain itu, ia turut dilengkapi dengan kawalan sushu dwi-zon automatik, paparan instrumen digital, pencahayaan ambien dengan 64 pilihan warna yang berbeza dan bolong penghembus pendingin hawa untuk penumpang di belakang.

Model ini dijana oleh enjin 1.6-liter empat silinder yang menghasilkan 123 ps dan digandingkan dengan pilihan transmisi sama ada enam-kelajuan manual atau automatik.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Versi GT-Line pula dilengkapi enjin 2.0-liter yang menjana 152 ps dan dipadankan dengan transmisi enam-kelajuan automatik dengan ‘paddle shifter‘.

Selain itu, untuk pasaran eksport, ia akan turut ditawarkan dengan pilihan enjin 1.4-liter. Dari segi keselamatan, K3 serba baharu didatangkan dengan enam beg udara, ABS dan ESC secara standard.

Bergantung kepada varian, ia turut dilengkapi dengan teknologi bantuan pemandu (ADAS) yang merangkumi ciri-ciri seperti:

  • Pengelakan Perlanggaran Hadapan (FCA)
  • Bantuan Kekal Lorong (LKA)
  • Bantuan Hindar Perlanggaran Titik Buta (BCA)
  • Bantuan Hindar Perlanggaran Lintasan Belakang (RCCA)
  • Amaran Perhatian Memandu (DAW)

Kia K3 serba baharu akan ditawarkan untuk pasaran terpilih mulai suku keempat (Q4) tahun ini. Butiran lanjut berkenaan dengan tarikh pelancaran dan spesifikasi model akan diumumkan oleh negara tersebut pada masa yang sesuai.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply