ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua hantar surat kepada pemilik Axia untuk jalani pemeriksaan dan memprogram semula EFI ECU

Berita Tempatan

Views

Salah seorang ahli group Perodua Axia D74A 2023 Malaysia bernama Irfan Mirzan telah memuat naik foto surat jemputan ke pusat servis Perodua buat pemilik model Axia untuk menjalankan pemeriksaan dan
melakukan program semula EFI ECU.

Suntikan Bahan Api Elektronik (EFI) adalah sistem elektronik mendapatkan nisbah campuran udara dan bahan api, manakala Unit Kawalan Enjin (ECU) pula diprogramkan untuk mengawal penderia dan penggerak.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Menurut surat itu, “aktiviti tersebut mengambil masa kira-kira 40 minit dan adalah amat penting dalam memastikan Perodua Axia anda berfungsi sewajarnya”.

Anggaran 40 minit diperuntukkan untuk Pemeriksaan Kualiti sahaja dan ianya tertakluk kepada pelanggan yang membuat janji temu awal dengan pusat servis pilihan mereka.

Masa yang lebih panjang diperlukan sekiranya ada sebarang pemintaan tambahan seperti servis kenderaan, pembaikan atau pemasangan aksesori.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Pemeriksaan kualiti dan penggantian (sekiranya perlu) akan dilakukan secara percuma. Setakat ini pihak Perodua masih belum membuat sebarang kenyataan media berhubung surat jemputan ini.

Menjengah ke ruangan komen, ada ahli group tersebut mengatakan jemputan ini hanyalah untuk varian tertentu sahaja seperti SE dan AV yang berkemungkinan enjin kereta boleh mati semasa dipandu.

Ada juga yang mengatakan ia berpunca daripada sentakan (jerking). Apa pun kita tunggu penjelasan rasmi daripada pihak Perodua dalam masa yang terdekat.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto asal kredit Irfan Mirzan

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply