ARKIB

KATEGORI

Buletin

Operasi Khas HID – JPJ keluar notis kepada 59 buah kereta

Berita Tempatan

Views

Pada malam hari Sabtu yang lalu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah melakukan satu Operasi Khas HID di dua lokasi iaitu Jalan Genting Klang dan Plaza Tol Mex Salak Selatan. Menurut laman rasmi jabatan tersebut, operasi yang diketuai oleh Tuan Ahmad Kamarunzaman Bin Mehat dengan kekuatan 40 anggota bermula pada jam 8.00 malam dan berakhir pada jam 12.00 malam.

JOM BACA >> Proton Saga facelift 2019 – Harga mungkin turun, ini yang pasti ada

Objektif penguatkuasaan pada malam tersebut adalah untuk menguatkuasakan undang-undang berkaitan larangan penggunaan lampu HID dan memastikan supaya pengguna jalan raya mematuhi peraturan dan standard piawaian berkaitan penggunaan lampu HID yang dibenarkan.

JOM BACA >> Proton Saga facelift 2019 – Harga mungkin turun, ini yang pasti ada

684 buah kenderaan telah diperiksa dengan 362 notis dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dan 59 notis melibatkan kesalahan lampu High Intensity Discharge (HID). Penggunaan lampu HID yang tidak mematuhi speksifikasi akan dikenakan tindakan di bawah Kaedah 94 – Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Pembuatan Dan Penggunaan).

Kesan daripada penggunaan lampu HID yang tidak dibenarkan akan membahayakan pengguna jalan raya kerana ia menyebabkan silau. Syabas kami ucapkan, semoga operasi seperti ini dilakukan dengan lebih kerap pada masa akan datang.

JOM BACA >> PANAS : Foto papan pemuka Proton Saga facelift 2019 varian Standard pula tertiris
JOM BACA >> RISIK : Proton X70 versi CKD – Apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> RISIK : Proton Saga facelift – Apa yang berubah?
JOM BACA >> Cermin bahagian penumpang dan belakang dibenarkan lebih gelap – Menteri Pengangkutan

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply