ARKIB

KATEGORI

Spyshots

KIA Seltos mula dipertontonkan kepada pengedar

Foto Intipan

Views

Ini mungkin petanda besar yang mengesahkan kehadiran model SUV kompak KIA Seltos ke bumi Malaysia. Jika dalam artikel terdahulu, kelibat model ini telah membuat kemunculan dalam iklan ucapan sempena Tahun Baharu 2020 KIA Malaysia, kali ini ia telah dipertontonkan buat julung kalinya kepada para pengedar semalam.

JOM BACA >> Geely Hao Yue (VX11) bakal jadi SUV ketiga Proton?

Ia bersempena dengan majlis makan malam Tahun Baharu Cina Naza KIA yang berlangsung di Hotel Royal Chulan, Damansara. Foto-foto model SUV tersebut telah dimuatnaik ke laman Facebook KIA Seri Kembangan. Kelihatan dua varian Seltos dipertontonkan, termasuk versi GT Line yang dilengkapi aksesori dan kit badan dengan kemasan jejalur merah.

Tiada butiran lanjut diberikan mengenai spesifikasi, harga mahupun jangkaan bilakah model ini bakal dilancarkan ke pasaran tempatan. Seltos telah dilancarkan di India tahun lalu dan ia dilengkapi dengan dua pilihan enjin petrol – 1.6-liter turbo (175 kuasa kuda) dan 2.0-liter N/A (147 kuasa kuda). Pilihan enjin 1.6-liter diesel juga turut ditawarkan yang mampu menghasilkan (134 kuasa kuda).



JOM BACA >> Bayangan awal model Proton X50 – SUV kompak yang paling dinantikan tahun ini!

Kesemua unit penjana kuasa ini digandingkan bersama tiga pilihan transmisi, sama ada enam dan tujuh kelajuan automatik dan juga CVT. Ia dilengkapi dengan beberapa sistem keselamatan aktif dan pasif, antaranya kawalan cengkaman dan kawalan kestabilan elektronik sebagai ciri standard, selain bantuan mula mendaki, bantuan brek, serta sensor parkir depan dan belakang.

Model ini juga boleh mengadaptasikan keadaan jalan yang berbeza dengan tiga pilihan mod pemanduan, Normal, Eco dan Sport. Seltos dilengkapi sistem infohiburan dengan skrin sentuh besar bersaiz 10.25-inci yang terletak di tengah-tengah papan pemuka. Selain itu, pelanggan boleh memilih untuk menaik taraf spesifikasinya dengan menambah paparan head-up 8-inci, sistem bunyi premium dari Bose dan pelbagai lagi.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit KIA Seri Kembangan

JOM BACA >> Proton V70 – Pengganti Exora dijelmakan dalam bentuk 3 dimensi
JOM BACA >> Lakaran awal Perodua Bezza 2020 – Berkonsepkan “Tangkas dan Canggih”
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian X50 guna jeriji ‘Infinite Weave’ dikesan, adakah ini versi Proton yang sebenar?
JOM BACA >> Tempahan Perodua Bezza 2020 kini dibuka – Harga bermula dari RM34,580

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply