ARKIB

KATEGORI

Buletin

SDAC bawakan audio siar “Ford Malaysia: Built for Life” di Spotify, bermula 28 Januari

Berita Tempatan

Views

Siri audio siar (podcast) terbaharu “Ford Malaysia: Built for Life” bakal menemui pemilik dan peminat Ranger yang ingin mengetahui bagaimana keunikan kehidupan bersama trak pikap tersebut di Spotify bermula 28 Januari 2024.

Diterbitkan oleh Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), audio siar berkenaan melangkaui naratif biasa berkaitan dunia automotif.

Tidak hanya memberi tumpuan terhadap spesifikasi teknikal dan maklumat berkaitan industri, siri audio siar ini lebih memberi perhatian kepada aspek kemanusiaan di sebaliknya.

Dibawakan dalam format penyampaian cerita yang menarik dalam bentuk anekdot, wawancara dan perkongsian pengalaman, “Ford Malaysia: Built for Life” menyelongkar kisah dan pengalaman pemilik Ford Ranger dan komuniti mereka.

Ini menunjukkan bagaimana kenderaan ikonik itu telah menjadi sesuatu yang begitu penting sebagai rakan kerja, riadah, bahkan untuk keluarga.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Bukan hanya pemilik dan peminat lain, siri audio siar ini turut mengundang pakar dalam bidang yang akan berkongsi pandangan, tips berguna, dan kisah-kisah lain yang tidak pernah dijumpai di platform atau saluran sosial lain.

Dihoskan oleh personaliti radio JJ Fernandez, musim pertamanya mengandungi enam episod, dengan setiap satunya menampilkan kisah berbeza.

Setiap episod akan disiarkan secara langsung di Spotify pada setiap hari Ahad, selama enam minggu bermula dari 28 Januari 2024.

Episod pertama memberi tumpuan kepada Kelab Ford Ranger Malaysia manakala episod kedua pula mengetengahkan pengalaman pemilik Ranger Generasi Baharu. Episod ketiga menampilkan perbualan bersama pelatih dan pakar sukan permotoran, Adian Yien.

Personaliti media sosial Namie pula berbual bersama pakar produk SDAC dalam episod keempat, sementara pengamal media automotif veteran, Hezeri Samsuri berkongsi pandangannya dalam episod kelima.

JOM BACA >> Proton daftar lima kategori tanda dagang nama X80, versi kembar SUV coupe Geely Xingyue/Tugella (FY11) atau Xingyue L/Monjaro (KX11) ke?

Episod keenam atau yang terakhir, bakal menampilkan pakar dari Ford Performance yang bukan hanya terlibat dalam proses rekaan dan pembangunan Ranger Raptor Generasi Baharu, malah terlibat dalam ujian Baja 1000.

Menurut Pengarah Urusan Sime Darby Auto ConneXion-Ford, Turse Zuhair, judul audio siar “Ford Malaysia: Built for Life” bukanlah sekadar istilah gimik. Ia adalah luahan mendalam yang merangkum pertalian erat antara Ranger dan komunitinya.

Ia menjadi simbol lebih daripada sekadar kenderaan; ia mewakili gaya hidup Ranger yang melibatkan pengembaraan, ketahanan dan semangat meneroka seiring semangat untuk berkomuniti.

Dalam dunia yang sarat dengan kandungan, “Ford Malaysia: Built for Life” hadir sebagai sebuah audio siar dengan pendekatan segar, dibawakan untuk khalayak terpencil tetapi yang mempunyai minat mendalam tentang kereta, pengembaraan serta kisah manusia di sebaliknya.

Dengarkan audio siar “Ford Malaysia: Built for Life” bermula 28 Januari 2024, setiap hari Ahad selama enam minggu di http://www.sdacford.com.my/built-for-life-podcast.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply