Kenderaan elektrik pertama Proton, e.MAS 7 telah membuat penampilan pra-pelancaran kedua terakhirnya di Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2024, yang berlangsung dari 5 hingga 11 Disember.
Kali ini, e.MAS 7 dibaluti dengan pelekat holografik yang dinamakan Nadi e.MAS atau Nadi Negara. Reka corak balutan ini melambangkan kehadiran sulung kenderaan elektrik (EV) pertama Malaysia.
Denyutan nadi pada balutan ini melambangkan potensi tanpa batasan Proton e.MAS sebagai peneraju EV negara, sekaligus meraikan inovasi dan warisan Proton.
Pameran mobiliti tahunan ini telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, YAB Datuk Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof.
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
Beliau turut melawat pavilion Proton dan menandakan pencapaian e.MAS 7 Tour yang baru sahaja selesai dengan menandatangani Plak Jelajah e.MAS 7 serta Sahut Janji Menuju Kelestarian yang baru dilancarkan.
Para pengunjung boleh menyertai Sahut Janji Menuju Kelestarian Nadi e.MAS dengan menjawab beberapa soalan mudah mengenai kenderaan elektrik dan membawa pulang beg cenderahati.
Sebagai bonus, pengunjung juga berpeluang memenangi kredit RM50 Touch ‘n Go eWallet dengan mengambil gambar bersama corak balutan Nadi e.MAS 7 dan memuat naik ke akaun media sosial mereka, serta tag akaun rasmi Proton e.MAS dengan tanda pagar #NADIeMAS7.
Selain itu, PRO-NET telah berjaya menamatkan Jelajah Proton e.MAS 7 yang bermula pada awal Oktober lalu dari Pusat Kecemerlangan Proton di Shah Alam.
PRO-NET juga menjadi jenama pertama di Malaysia yang memulakan pengembaraan merentasi seluruh negara menggunakan kenderaan elektrik.
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
Jelajah e.MAS 7 memulakan perjalanannya dengan menuju ke negeri-negeri di selatan, utara, dan pantai timur sebelum kembali ke Lembah Klang untuk mempamerkan ruang kabinnya di ACE 2024. Perjalanan kemudiannya diteruskan ke Sabah dan Sarawak untuk fasa yang terakhir.
Secara keseluruhan, Jelajah Proton e.MAS 7 berjaya mencatatkan jumlah jarak sejauh 4,020km merentasi 13 negeri. Proton e.MAS 7 menerima maklum balas positif yang menggalakkan daripada rakyat Malaysia sepanjang jelajah ini berlangsung.
Tempahan e.MAS 7 kini boleh dibuat di pusat pengedar Proton e.MAS di seluruh negara dan di laman web rasmi e.MAS dengan bayaran tempahan sebanyak RM500.
Sebagai alternatif yang lain, anda juga boleh membuat tempahan melalui aplikasi Proton e.MAS yang tersedia di Google Play, Huawei App Gallery, dan iOS App Store.
Pembeli terawal akan menerima Pioneer Privilege Deal yang menawarkan rebat RM500 dan tawaran nilai tambah Pioneer Gift Pack bernilai RM1,000. Tawaran ini sah sehingga ke pelancaran rasminya tidak lama lagi.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
KOMEN TERKINI