ARKIB

KATEGORI

Buletin

KLIMS24: Proton X50 Sport Edition (SE) dan S70 R3 bakal jadi tarikan pengunjung

Berita Tempatan

Views

Reruai Proton di Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2024 bakal mencuri tumpuan pengunjung dengan mempamerkan kenderaan-kenderaan terbaharunya, termasuklah Proton e.MAS 7.

Acara yang berlansung dari 5 hingga 11 Disember 2024 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) turut menyaksikan pameran jentera lumba S70 R3, dan model konsep X50 Sport Edition (SE).

Selain itu, model-model Proton semasa seperti X50 2024, X70 2025, X90, S70 dan Saga juga dipamerkan di sana. KLIMS edisi kali ini merupakan pratonton terakhir Proton e.MAS 7 sebelum ia dilancarkan secara rasmi dalam masa terdekat.

Dibangunkan bersama Geely, SUV segmen C ini ditawarkan dengan dua pilihan varian, iaitu Prime dan Premium dengan ruang dalaman yang terbaik dalam kelasnya, serta pelbagai ciri keselamatan dan kemudahan canggih termasuklah ADAS tahap 2.

JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua

Selain daripada EV, dua versi model-model terkini Proton yang menumpukan kepada aspek prestasi juga bakal menjadi fokus utama pameran kali ini.

Model pertama adalah S70 R3, yang telah membuat penampilan sulung dalam perlumbaan Sepang 1000km pada 23 November lalu akan dipamerkan dalam keadaan sama ia menamatkan perlumbaan di Sepang.

Pengunjung KLIMS akan dapat bersua dengan pemandu-pemandu R3 pada hujung minggu nanti untuk sesi soal jawab serta bergambar bersama peminat dan kereta tersebut.

Model prestasi kedua adalah model konsep X50 SE yang merupakan kajian reka bentuk untuk mempamerkan kehebatan model SUV terlaris Proton ini.

Penampilannya di KLIMS 2024 juga bertujuan untuk menilai maklum balas awam yang boleh membuka jalan bagi model-model masa depan yang mungkin akan mengikuti hala tuju penggayaan yang serupa.

JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah berkata, KLIMS 2024 adalah pentas yang terbaik untuk mempamerkan kemajuan terkini syarikat dan pada masa yang sama berkongsi visi untuk mobiliti lestari pada masa hadapan.

Selain kenderaan yang dipamerkan, pengunjung juga boleh bertemu dengan selebriti kegemaran mereka, menikmati hadiah penglibatan yang mengejutkan dan menantikan aktiviti interaktif digital yang menarik.

Antaranya, pertunjukan LED 3D dan promosi eksklusif yang hanya terdapat di KLIMS 2024, di mana mereka boleh menerima baucar servis bernilai RM500 dan menikmati rebat tambahan sehingga RM2,000 untuk model-model terpilih.

Ini adalah tambahan kepada promosi Proton Vaganza Akhir Tahun yang kini berada pada bulan terakhir dengan rebat sehingga RM7,000 untuk model-model terpilih, termasuklah X50 2024 dan X70 2025.

Selain itu, beberapa model boleh dibeli dengan pakej nilai tambahan yang menawarkan penjimatan jangka panjang dan servis percuma selama dua tahun.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply