ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kren ‘peluncur’ rasuk projek pembinaan lebuh raya SUKE jatuh – Dua maut

Berita Tempatan

Views

Dua pekerja pembinaan disahkan maut, manakala dua lagi parah apabila sebuah kren ‘peluncur’ rasuk digunakan dalam projek pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) berhampiran Puncak Banyan, Persiaran Alam Damai, Kuala Lumpur, jatuh dan menghempap sebuah kenderaan, pagi ini.

JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam

Menurut Berita Harian, Komander Operasi Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohd Khairul Azmi Jaafar, berkata insiden membabitkan empat mangsa terdiri daripada tiga pekerja projek itu dan seorang awam. Katanya, kren ‘peluncur’ rasuk itu jatuh dan menghempap sebuah kereta Perodua Bezza menyebabkan pemandu seorang warga tempatan parah.

JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?

Tiga lagi mangsa adalah pekerja projek pembinaan dengan dua mangsa dipercayai jatuh dari ketinggian 120 kaki (36.5 meter) dan disahkan meninggal dunia. Seorang lagi mangsa masih tersangkut di landasan pembinaan lebuh raya.

Kerja menyelamat mangsa sedang dijalankan oleh anggota bomba. Beliau berkata, bomba menerima laporan kejadian pada jam 8.45 pagi sebelum mengerahkan 25 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tun Razak, BBP Hang Tuah dan BBP Cheras ke lokasi.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!
JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat
JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply