ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton Persona terjunam ke dalam tasik – Dua beranak maut

Berita Tempatan

Views

Hanya dua mayat ditemui di dalam kereta Proton Persona yang terjunam ke dalam Tasik Lake Resort Serdang, malam tadi. Menurut Astro AWANI, Komander Operasi Jabatan Bomba Dan Penyelamat (JBPM) Bandar Baharu, Mohd Hafiz Suhaimi berkata, selepas kereta berjaya dinaikkan ke tebing tasik, pihaknya hanya menemui dua mangsa di dalam kenderaan terbabit bukannya tiga seperti yang maklumat yang diterima sebelum itu.

Beliau berkata, hasil selaman yang dilakukan anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) mendapati hanya dua mangsa ditemui terperangkap dalam kereta berkenaan. Setelah ketibaan PPDA, pihaknya membuat selaman dan menjumpai dua mangsa iaitu seorang wanita dewasa dan seorang wanita warga emas.

JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam

Tambah beliau, setelah perbincangan dengan polis dan bukti-bukti daripada mangsa yang saksi yang melihat kejadian, memang didapati hanya ada dua mangsa yang terlibat dalam kenderaan tersebut dan kita berjaya keluarkan pada jam 8.59 malam.

Katanya, jarak dari tebing kenderaan terjunam lebih kurang 10 meter, manakala kedalaman lebih kurang 5 meter. Identiti kedua-dua mangsa disahkan sebagai Nor Aiza Hashim, 28, dan ibunya, Hasmah Mat Isa, 68. Kedua-dua mangsa ditemukan di tempat duduk bahagian belakang dipercayai terperangkap selepas pintu gagal dibuka dari dalam.

JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?

Mohd Hafiz memaklumkan ketika kejadian Nor Aiza berada di luar kenderaan. Bagaimanapun, secara tiba-tiba kenderaan yang dipakir itu meluncur lalu masuk ke dalam tasik. Nor Aiza terjun ke dalam tasik cuba menyelamatkan ibunya yang berada di dalam kereta, namun dia juga terperangkap.

Ketika itu empat orang awam cuba membantu menyelamatkan dua beranak berkenaan, namun gagal. Mohd Hafiz berkata, kereta Proton Persona itu berjaya dinaikkan pada jam 11.02 malam dan mayat kedua-dua mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!
JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat
JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply