ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kuda terabai dibiar berkeliaran, kini dalam jagaan unit berkuda PDRM

Berita Tempatan

Views

Tiga ekor kuda dengan seekor daripadanya dalam keadaan lemah dikesan berkeliaran di jalan raya menghala Bukit Ampang di Ampang siang tadi.

Menerusi kemas kini di Facebook Persatuan Haiwan Malaysia, kesemua haiwan tersebut dipercayai bertuan, namun tiada pihak tampil mengaku sebagai pemilik.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan

Seekor daripadanya kelihatan lemah dan tidak mampu bangun (terbaring di pembahagi jalan).

Warga sekitar taman perumahan ini diminta membantu Lembaga Kebajikan Haiwan Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya mengesan pemilik untuk tujuan penguatkuasaan undang-undang kerana membiarkan kuda peliharaan terabai dan tidak berkebajikan.

Sementara itu, menerusi perkongsian tersebut, orang awam tampil memaklumkan haiwan tersebut kini telah diselamatkan dan berada di bawah jagaan unit berkuda Polis Diraja Malaysia (PDRM).

JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan

“Kuda sudah selamat dalam jagaan pasukan berkuda PDRM. Doakan yang baik-baik,” kata pengguna akaun Facebook, Suzila Hashim.

Ada juga antara orang awam mendakwa pemilik kuda tersebut telah tampil menuntut haiwan tersebut, namun tidak dibenarkan berikutan haiwan tersebut perlu diberi rawatan kerana terdapat kesan luka serta dalam keadaan tidak terurus.

Seorang pengguna media sosial, Naza Majid pula meminta tindakan dikenakan ke atas pemilik kuda berkenaan kerana mengabaikan penjagaan haiwan itu. – Sinar Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Persatuan Haiwan Malaysia – Malaysia Animal Association

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply