ARKIB

KATEGORI

Buletin

Projek labah-labah robot ‘Megahex’ gagal, kos semakin meningkat

Berita Global

Views

Sepasukan jurutera sebuah syarikat di Kanada mengambil masa selama 426 hari untuk membina sebuah robot mekanikal labah-labah yang didakwa terbesar di dunia, sebelum pembinaannya dihentikan disebabkan kos meningkat, lapor akhbar Daily Star.

Hacksmith Industries, yang merupakan sebuah syarikat perubah teknologi fiksyen menjadi projek nyata di dunia sebenar, mula membina robot tersebut pada September 2021.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan

Projek yang pada awalnya dijangka siap dalam masa tiga bulan itu terpaksa dilanjutkan selama satu tahun setengah. Robot digelar ‘Megahex‘ itu diilhamkan daripada jentera penggali tanah industri.

Dalam sebuah video berdurasi 30 minit di laman YouTube, pasukan itu menjelaskan bahawa proses pembinaannya berjalan lancar sebelum dibelenggu beberapa isu teknikal.

JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan

Hos Hacksmith yang mengacarakan video tersebut, Bogdan Malynovskyy berkata, cabaran bermula apabila mereka berusaha membina kaki robot itu supaya berfungsi dengan baik.

Selepas memasang kesemua kaki robot, pasukan itu mereka bentuk sistem kawalan yang sesuai untuk seorang pengendali. Pasukan itu kemudian menghadapi kesukaran untuk mendirikan robot berkenaan, sementara berhadapan dengan kesuntukan bajet dan masa.

Kata Bogdan, projek ini tidak sepatutnya berlaku. Ia adalah jauh lebih rumit daripada yang mereka jangkakan. Pihaknya menghadapi lebih banyak isu daripada yang disangka termasuk masa dan kesukaran yang jauh melebihi anggaran. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply