ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kurt Leitner dilantik Pengarah Urusan VPCM baharu

Berita Tempatan

Views

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) berbesar hati untuk mengumumkan pelantikan Kurt Leitner sebagai Pengarah Urusan berkuat kuasa serta-merta. Kurt Leitner yang menyertai seorang lagi Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter akan menggantikan Florian Steiner yang telah dipindahkan ke Eropah untuk menggalas tanggungjawab baru selepas empat tahun berada di Malaysia.

JOM BACA >> Perodua Axia 2019 – Tempahan kini dibuka, varian baharu STYLE diperkenalkan

Leitner akan bertindak sebagai Pengarah Urusan di Malaysia dan Singapura. Sejak menyertai kumpulan Porsche Holding Salzburg pada tahun 1988, beliau telah menjawat pelbagai jawatan pengurusan di dalam kumpulan tersebut. Antaranya ialah Pengarah Urusan di Porsche Romania selama empat tahun, Pengurus Besar di Porsche Chile dan PGA Ellada, selain Ketua Pegawai Eksekutif Porsche Finance Group Romania.

Leitner berkata beliau merasa sangat teruja untuk berada di rantau ini, hidup di Malaysia dan Singapura serta bekerja dengan orang yang datang dari budaya dan latar belakang berbeza. Ini akan menjadi satu bentuk perjalanan dan pengalaman belajar yang baharu buatnya. Beliau akan memberi tumpuan kepada aspek sumber manusia, teknologi maklumat dan kewangan.

JOM BACA >> Proton X70 dijangka lebih murah, bakal dilancarkan pada bulan November

Sementara Winter akan terus memantau aspek jualan, selepas jualan, rangkaian pengedar dan operasi pemasaran VPCM. Winter amat mengalu-alukan kehadiran Leitner dan katanya Leitner merupakan lantikan terbaik kepada pasukan pengurusan kerana beliau mempunyai pengalaman yang cukup luas dalam bidang kewangan dan peruncitan automotif.

Tambahnya lagi, persekitaran automotif di Malaysia berkembang pantas dan percaya beliau akan dapat menyesuaikan diri. Dengan barisan produk akan datang yang menarik dan peningkatan selepas jualan agresif di bawah janji jenama Volkswagen Cares, kedua-dua orang Pengarah Urusan VPCM ini yakin bahawa jenama Volkswagen akan terus berkembang, meskipun di sebalik landskap automotif Malaysia yang begitu kompetitif.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> PANAS : Risalah Perodua Axia facelift 2019 tertiris! Bakal dilengkapi dengan A.S.A 2.0
JOM BACA >> Ini mungkin gambaran Saga 2019 versi hatchback dan ute, jika Proton mahu menghasilkannya
JOM BACA >> MESTI TONTON : Saga 2019 – 10 perubahan paling penting yang wajib anda tahu
JOM BACA >> Proton Saga 2019 lebih ‘gah’ – Ini 5 perubahan yang kami suka

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply