ARKIB

KATEGORI

Buletin

YouTube Music kini rakan Audio Player terbaharu Waze

Berita Tempatan

Views

Waze mengumumkan YouTube Music menjadi rakan Audio Player (Pemain Audio) terbaharu mereka bermula hari ini. Ia bakal memberi para pemandu cara baharu untuk mendengar muzik sambil memandu dengan selamat. Sejak dilancarkan pada Oktober 2018, perkhidmatan pemain audio Waze berjaya memenuhi citarasa dan genre menerusi kerjasama bersama platform-platform terkemuka dunia untuk menyampaikan muzik, podcast, buku-buku audio, berita dan lain-lain.

JOM BACA >> Perodua Axia 2019 – Tempahan kini dibuka, varian baharu STYLE diperkenalkan

Kerjasama dengan YouTube Music, akan membolehkan para pemandu mendengar album-album kegemaran, senarai-senarai main, campuran-campuran peribadi dan lain-lain dengan selamat secara terus dari aplikasi Waze. Ketua Perkongsian Global Waze Adam Fried berkata, mereka amat teruja untuk mengalu-alukan YouTube Music ke dalam keluarga Audio Player Waze.

Pengurus Produk, YouTube Muzik Lawrence Kennedy pula berkata, mereka tahu pengguna suka mendengar YouTube Music semasa mereka berada di dalam kereta, jadi mereka bekerjasama dengan Waze untuk mempertingkatkan lagi pengalaman memandu dan mendengar muzik.

JOM BACA >> Proton X70 dijangka lebih murah, bakal dilancarkan pada bulan November

Para pelanggan YouTube Music Premium boleh mendengar muzik melalui Waze dengan membuka aplikasi Waze dan menekan ikon nota muzik untuk memilih YouTube Music sebagai pemain audio mereka. Mereka boleh menikmati kandungan audio terus daripada Waze, termasuklah senarai main, radio dan lain-lain.

Waze pada mulanya dilancarkan bersama tujuh rakan sejak Mac 2019 iaitu Deezer, iHeartRadio, NPR, Pandora, Scribd, Stitcher dan TuneIn bersertakan Spotify. Semenjak itu, Waze juga telah memperkenalkan integrasi dengan Audiobooks.com, Radio.com, Castbox dan NRJ Radio, yang mengintegrasi pengalaman audio mereka dalam Waze dengan menggunakan Waze Audio Kit.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> PANAS : Risalah Perodua Axia facelift 2019 tertiris! Bakal dilengkapi dengan A.S.A 2.0
JOM BACA >> Ini mungkin gambaran Saga 2019 versi hatchback dan ute, jika Proton mahu menghasilkannya
JOM BACA >> MESTI TONTON : Saga 2019 – 10 perubahan paling penting yang wajib anda tahu
JOM BACA >> Proton Saga 2019 lebih ‘gah’ – Ini 5 perubahan yang kami suka

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply