ARKIB

KATEGORI

Buletin

MOSTI komited untuk perkasakan pembangunan teknologi EV tempatan

Berita Tempatan

Views

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) komited memperkasa usaha pembangunan dan pengkomersialan kenderaan elektrik (EV) tempatan sejajar hasrat negara.

Utusan Online melaporkan, Menterinya, Datuk Seri Adham Baba berkata, langkah jangka panjang menerusi pelbagai pelan nasional turut dirangka kerajaan bagi memenuhi agenda kelestarian mobiliti negara.

Ia dibuat berdasarkan Rangka Kerja 10-10 Sains, Teknologi, Inovasi dan Ekonomi (MySTIE) iaitu inisiatif di bawah Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) 2021-2030.

Katanya, aspirasi ini juga ambil kira fokus Dasar Automotif Negara 2020, Dasar Pengangkutan Negara 2019-2030 dan Pelan Mobiliti Rendah Karbon 2021-2030.

Reaksi tersebut sebagai maklum balas susulan sesi libat urus bersama penggiat industri EV domestik pada Isnin lalu bersama beliau mengenai pembangunan ekosistem kenderaan itu.

JOM BACA >> Bukan prop filem pulak dah… sebenarnya untuk uji nilai kenderaan pengiring

Sesi pertemuan julung kali itu ekoran hasrat digariskan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 27 September lalu.

Mengulas lanjut, Adham berkata, agensi di bawah kementerian itu, NanoMalaysia, akan memberi penekanan kepada pembangunan ekonomi seimbang dan kelestarian mobiliti.

Justeru, ujarnya, satu pelan tindakan disediakan untuk memberi fokus melalui geran penyelidikan dan pembangunan (R&D) terutama perusahaan tempatan berlandaskan EV.

Jelasnya, aspek ini penting agar memacu pertumbuhan ekonomi dan penjanaan kerjaya selari aspirasi menjadikan Malaysia berteknologi dan berpendapatan tinggi menjelang 2030.

Langkah awal juga dibuat menerusi Program Inisiatif Teknologi Stor Tenaga NanoMalaysia di bawah RMK-12 bagi pengkomersialan EV yang bakal dilancarkan dalam masa terdekat.

JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao

Kementerian itu juga meningkatkan penerimaan rakyat terhadap teknologi ini bagi mencapai hasrat Malaysia menjadi pengeksport komponen EV paling sohor di rantau Asia Tenggara.

Kerjasama bersepadu tersebut kata Adham, turut melibatkan rangkaian pelbagai kementerian, institusi pengajian tinggi, syarikat pemula serta usahawan perusahaan kecil dan sederhana.

Bahkan ujar beliau, dana penyelidikan strategik di bawah skim Malaysia Grand Challenge ada disediakan bagi pembangunan prototaip EV sebagai wadah boleh diterima pakai industri.

Tambah beliau, kerajaan yakin penerimaan masyarakat akan meningkat dalam jangka masa pendek kerana konsep EV yang lebih jimat tenaga dan prasarana pengisian kuasa agak sederhana.

Teknologi kenderaan tersebut juga jelasnya, ada potensi besar untuk sistem pengangkutan awam dan sektor logistik di negara ini menjelang 2030 disebabkan faktor kos lebih rendah.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto hiasan

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”
JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton
JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply