ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pemilik McLaren P1 ‘gundah-gulana’ lihat kereta harga RM 4 juta hanyut dibawa air banjir

Berita Global

Views

Seorang pemilik kereta mewah, McLaren P1 dirundung kesedihan selepas aset bernilai lebih AS$ 1 juta (RM4 juta) itu tenggelam dalam banjir akibat Taufan Ian di Florida.

Lapor Daily Mail, Ernie, berkongsikan gambar kereta mewah berwarna kuning yang baru dibelinya dihanyutkan arus banjir dari garaj rumahnya.

Sumber: UTUSAN

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

Kereta itu kemudian hanyut melalui kawasan jalan di Naples yang menempatkan deretan rumah agam. Kawasan jalan itu bertukar menjadi seperti ‘sungai’ dalam sekelip mata selepas dilanda Taufan Ian yang menyebabkan 2.5 juta penduduk terputus bekalan elektrik.

Sebelum ini, lelaki itu kerap memuat naik gambar Mclaren P1 dalam akaun Instagram miliknya. Selain McLaren P1, dia juga mempunyai kereta Rolls Royce dan kedua-dua kenderaan itu ditenggelamkan air banjir.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Perkongsian itu dihujani komen sokongan daripada pengikutnya dalam media sosial. Rata-rata memberi nasihat kereta boleh sentiasa ditukar ganti dan berharap semuanya berada dalam keadaan selamat.

“Jaga keselamatan dan paling penting anda serta keluarga sentiasa selamat. “Usah risau kerana kereta boleh ditukar ganti,” kata warganet.

Sebelum ribut taufan itu melanda kawasan perumahannya, Ernie sempat memuat naik gambar kereta itu dengan keterangan ‘kereta bekalan taufan saya #p1’.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply